BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Haji oh Tabung Haji

juweialhaj

Super Active Member
Messages
8,521
Joined
Apr 1, 2011
Messages
8,521
Reaction score
94
Points
70
Tabung Haji oh Tabung Haji

1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40bilion.

2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.

3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.

4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic Fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.

5. Malangnya TH dari September - November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.

6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.

7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak ?

8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu ?

9. Adakah ini tahap awareness culture Shariah dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic Fund Manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam ?

10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan ? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?

1506684_10152017268817367_915467529_n.jpg


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?...2367.334689.818362366&type=1&relevant_count=1

boleh terus komen kat sana.
 
artikel dah 11hours ago di FB

jika dah ada mohon delete je thread ni ye mod. tq
 
dorang tgh pening kepala tu, duit byk tak tau mana nk letak ... pasni tak dapek la dividen 5.5% lagi ... :p
 
pengurusan kewangan yang lemah .... huhuhu ...

TH makin teruk dah nie .. ingat lagi dulu dividen 11% ... fuh ...
 
masuk pelaburan hartanah je laa..
 
pengurusan tabung haji lebih kepada lantikan umno. lihat sajalah pengerusi TH langsung tak layak duduk kerusi pengerusi.

matlmat asal sudah lari. daftar haji tahun ini 50 tahun akan datang baru dapat pergi haji. macam ni lebih baik tak ada tabung haji.

Silverbird dikuasai oleh tabung haji tapi roti keluaran Silverbird berat timbangan menipu. lebih teruk lagi kilang Silverbird di arah tutup sebab ko dah tau la ceritanya.
 
tgk la sape yg handle tabung haji skrg tu.. ape tahap pendidikan die....
 
Mungkin jawapan ni ada kaitan kot

Jawapan ada dalam bukiu kecil issued by MPS SC bersama2 new listing of syariah compliant stock ms6...quote
"Tempoh pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah
Sebagai panduan kepada para pelabur, MPS ingin menasihatkan pelabur mengenai tempoh untuk melupuskan sekuriti-sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.
(i) “Sekuriti patuh Syariah” yang kemudiannya bertukar status
kepada “tidak patuh Syariah”

Ini merujuk kepada sekuriti-sekuriti yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah tetapi, oleh kerana beberapa faktor seperti perubahan dalam operasi perniagaan syarikat dan kedudukan kewangan, kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.

Dengan perlaksanaan kaedah penyaringan yang disemak semula, para pelabur diberi tempoh selama enam bulan daripada tarikh berkuat kuasa senarai kemas kini iaitu 29 November 2013 untuk melupuskan sekuriti-sekuriti tersebut, sekiranya harga pasaran sekuriti-sekuriti tersebut melebihi atau bersamaan dengan kos pelaburan.
Sehubungan dengan ini, para pelabur dibenarkan menyimpan dividen yang diterima dan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti-sekuriti tersebut sepanjang tempoh enam bulan yang diberikan. Walau bagaimanapun, sebarang dividen yang diterima dan lebihan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah selepas tempoh enam bulan yang diberikan hendaklah disalurkan kepada baitulmal dan/atau badan-badan kebajikan."

Tabung Haji ambil masa utk lupuskan saham-saham non-syariah. Kena ikut prosedur tertentu. Kita sedap jer bahan kan diorang :D
 
Back
Top
Log in Register