lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Masa: Disember 2008 / Sekitar 2:45 Pagi.
Pengalaman dari seorang Jururawat U29 yang baru posting 6 bulan bernama Aisyah, yang sedang bertugas syif malam pada waktu kejadian.
Hospital daerah lama ni bukan macam hospital pakar moden yang terang-benderang. Lantainya masih guna jubin marmar kelabu zaman dulu. Tingkapnya jenis cermin nako berbingkai besi, dan lorong-lorongnya panjang, sunyi, serta sentiasa berbau campuran cecair Dettol pekat dan ubat iodine.
Malam tu, Aisyah bertugas syif malam bersama seorang lagi rakan sejawat. Hujan lebat kat luar buatkan suasana dalam wad tu sejuk sampai ke tulang. Bunyi kipas siling yang berputar ligat sesekali berkeriuk memecah kesunyian. Majoriti pesakit di Wad Kelas 3 tu dah lena diulit ubat penenang dan ubat batuk.
Apabila tiba di katil paling hujung berhampiran pintu kecemasan (Katil 28), ada satu susuk tubuh seorang pesakit wanita warga emas sedang duduk bersila di atas katil dalam keadaan membelakanginya. Pesakit tersebut dilihat sedang melipat kain batik dan pakaian seragam hospital berulang kali. Gerak-gerinya perlahan. Lipat satu-satu.
Mengikut prosedur, Aisyah pun mendekati katil tersebut untuk menasihati pesakit tersebut agar tidur memandangkan hari sudah lewat. Apabila ditegur, makcik itu herhenti melipat kain dan perlahan-lahan memusingkan wajahnya memandang Aisyah.
Darah Aisyah berderau.
Muka makcik tu pucat lesi kebiruan. Mata dia terbeliak memandang ke atas, hanya menampakkan bahagian putih mata. Dan yang paling menyeramkan... ada gumpalan kapas putih disumbat di kedua-dua belah lubang hidungnya. Rahangnya jatuh terbuka, menampakkan ruang mulut yang hitam pekat.
Masa tulah, baru dia teringat bahawa pesakit di Katil 28 telah pun meninggal dunia pada petang sebelumnya dan katil tersebut sepatutnya kosong.
Aisyah kaku selama beberapa saat sebelum berundur dan berlari pantas ke kaunter jururawat utama dan melaporkan kejadian kepada Jururawat Kanan (Sister). Tinjauan pantas dibuat oleh Jururawat Kanan ke Katil 28, namun dia mendapati katil tersebut kosong dan kemas.
Aisyah terus demam lepas habis syif dan ambil cuti sakit.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-