BTC USD 85,826.3 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

syiah imamiah

cintailah ahlulbait/keturunan nabi tapi jangan masuk syiah/jadi orang syiah

Dari awal ana perhatikan maklumat dan statement antum sangat2 naif kerana ternyata antum tak berapa nak faham tentang mazhab Islam Syiah ini. Yang paling jelas di sini bila antum sebut "jangan masuk Syiah"..

Syiah bukan satu parti politik atau sesebuah jemaah untuk masuk dan keluar macam berdaftar akhi. Syiah itu bahasa arab dan ia bermakna pengikut. Bahkan ia disebut di dalam al-hadits shahih Islam Sunni. Maka bagi menjadi pengikut Ahlul Bait secara khusus adalah disebut sebagai Syiah. Manakala Syiah Imamiyah adalah kerana mereka menjadi pengikut kepada imam 12 dari keluarga Rasul s.a.w. Dan disebut juga mereka sebagai Syiah Ja`fari kerana menisbatkan kepada feqah imam Ja`far as-Sodiq as..

Sungguh akhi. Hakikatnya, apa yang antum bawakan dan paparkan segalanya telah dijawab berulang berulang berulang berulang kali dan kali dan kali. Adalah lebih baik didatangkan sesuatu yang menambah keimanan dan mengeratkan kesatuan umat Islam khususnya kita yang berada di Malaysia. Perpecahan demi perpecahan dalam barisan umat Islam hanya kerana sentimen kemazhaban..sedang Syiah Imamiyah hanyalah sebuah mazhab Islam juga yang berpegang teguh kepada ketauhidan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w.

Jika benar2 antum mahukan kebenaran, maka perbanyakkan membaca dan mengkaji dahulu sebab maklumat antum sangat berat ke arah sentimen mazhab antum sendiri. Ulama bukan mutlak untuk dibenarkan pendapat mereka jika al-Quran dan as-Sunnah mendahului. Bahkan imam Syafi`ie r.a telah berkata:

إذا صح الحديث فهو مذهبي

Apabila sah sesebuah hadits, maka itulah mazhabku
indahnyabig.jpg

​
 
Last edited:
firdaus83.....
tolong jawab...mengapa syiah sesat...

Salam TT. Thread ini anda buka dan anda yang cuba membuktikan Syiah itu sesat meskipun berbolak balik entah yang mana satu antum maksudkan. Kejap Syiah Imamiyah, kejap-kejap Syiah Ja`fari dan seumpamanya...(kerana maklumat antum sangat naif). Maka seharusnya antum yang menjawab dan monitor maklumat di sini bukan dari orang lain...

Ana mahu melihat sejauh mana kefahaman antum dan pastikan jangan tersilap kata kemudian delete dan edit...ana menunggu. Jika ada yang tak kena ana akan kemaskan semula...

Walau bagaimanapun, tutup aje thread ini sebab dah banyak thread seumpamanya...dan diterangkan berkali2...hanya antum masuk dan buka semula...membuka thread untuk tahu itu satu perkara...dan mencari "Pasal" itu satu perkara..

Kesatuan dan Penyatuan yang terpenting..
 
syifa semakin berkembang di malaysia . di johor , muar , melaka sgt aktif .
 
assalamualaikum....

Salam TT. Thread ini anda buka dan anda yang cuba membuktikan Syiah itu sesat meskipun berbolak balik entah yang mana satu antum maksudkan. Kejap Syiah Imamiyah, kejap-kejap Syiah Ja`fari dan seumpamanya...(kerana maklumat antum sangat naif). Maka seharusnya antum yang menjawab dan monitor maklumat di sini bukan dari orang lain...

Ana mahu melihat sejauh mana kefahaman antum dan pastikan jangan tersilap kata kemudian delete dan edit...ana menunggu. Jika ada yang tak kena ana akan kemaskan semula...

Walau bagaimanapun, tutup aje thread ini sebab dah banyak thread seumpamanya...dan diterangkan berkali2...hanya antum masuk dan buka semula...membuka thread untuk tahu itu satu perkara...dan mencari "Pasal" itu satu perkara..

Kesatuan dan Penyatuan yang terpenting..

Maaf....bukan nak cari pasal....tapi bimbang akan keadaan umat....banyak ulama sunni kata berlaku penyelewangan dalam syiah hari ini...sebab perkara ini menentukan kehidupan selepas mati....
 
Maaf....bukan nak cari pasal....tapi bimbang akan keadaan umat....banyak ulama sunni kata berlaku penyelewangan dalam syiah hari ini...sebab perkara ini menentukan kehidupan selepas mati....

Ana setuju pendapat (atau alasan sebab) antum ini. Tetapi ini sama sekali tidak boleh dijadikan satu isu besar kerana di dalam ASWJ juga berlaku perkara yang sama. WAHABI dan SALAFI tidak pernah dipersetujui fatwa dan tindakan mereka oleh pihak ASWJ yang wara` dan insaf. Maka dengan ini, seharusnya dibawakan satu titik pertemuan yang benar dan maklumat itu juga perlu benar dan tepat khususnya bila antum menyebut "Syiah" secara umum. Namun sangat menghampakan, tujuan antum benar dan bersih tetapi maklumat antum terlalu cetek, hatta Syiah Imamiyah antum bezakan dengan Syiah Ja`fari dan Itsna `Asyriah..itu sudah memadai maklumat antum sedikit..

Maka bagaimana untuk mencari kesatuan dan kebenaran? Hanya bagi ana, cari titik persamaan dalam kefahama aqidah kepada Allah s.w.t dan kecintaan kepada Muhammad s.a.w kemudian jihad ke jalanNya dalam bersama2 menentang umat musyrikin yang berada di sekeliling kita sekarang demi memartabatkan Islam yang suci..
 
kenapa x nak mendalami MAZHAB SUNNAH yg diajar oleh IMAM kita IMAM SYAFIE? kenapa nak study sgt MAZHAB SYIAH? sebab dpt Nikah Mutoah ka? :eek::eek::eek::eek::eek:
 
Banyak perkara yang berbeza yang tak boleh kami aswj terima dan tolak ansur...berbeza pendapat dalam aswj adalah dalam perkara furu saja...hal ini tidak mengapa...
mengapa syiah begitu berbeza...
1. nikah mut'ah
2. penambahan kalimah azan
3. quran tidak sempurna
4. imam yang maksum
5. celaan terhadap sahabat
6. syahadah yang berbeza
7. solat jumaat
8. puasa
9. kedudukan orang sunni disisi syiah....darah kami halal bagi kamu...

bagaimana untuk mencapai titik persamaan....
di dunia memang kita kata kita betul...tapi diakhirat disisi allah baru kita tahu siapa betul siapa salah....
 
Semuanya dah terjawab dan dijawab sebelum antum muncul di sini. Cari dan perhatikan setiap jawapannya. Dan kemudian kembali ke sini dengan bawakan bentuk soalan yang baru. Hanya yang terakhir No. 9 adalah fitnah dan pembohongan dari antum.

Berkenaan statement terakhir antum...
bagaimana untuk mencapai titik persamaan....
di dunia memang kita kata kita betul...tapi diakhirat disisi allah baru kita tahu siapa betul siapa salah....

Ini jelas kata2 yang tidak mahukan kesejahteraan dan kesatuan sama sekali. Dan ini juga yang dipersembahkan pihak Wahabi yang amat bencikan Syiah Imamiyah hingga diajak berdialog mereka akan berpaling.

http://www.youtube.com/watch?v=YV352rmjKkw

dan bagaimana antum boleh menyerahkan soal Islam kini akan dinilai kelak di akhirat untuk tahu siapa benar siapa salah di pengadila Allah kelak sedang penentuannya adalah kini. Bukankah itu firman Allah yang berbunyi:

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين​

"Katakanlah oleh engkau (Wahai Muhammad). Datangkanlah hujjah bukti kamu jika kamu orang2 yang benar"

Bahkan dioalog dalam mencari kebenaran adalah perintahNya juga. Maka dari sini (dunia) lah kita dapat tentukan siapakah yang berada dalam kebenaran.

Atau antum merasa antum benar sebenar2nya? Maka berikan nas bukti membela antum yang tak boleh dipatahkan lagi.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register