BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

syiah imamiah

Taubat seorang pemudi Ihsaa'.

Saya adalah seorang pemudi dari sebuah perkampungan Ihsaa’ yang dididik dengan kecintaan kepada Nabi s.a.w. dan kecintaan kepada Ahlul Bait-Nya a.s. serta dididik dengan penuh keyakinan bahawa Ahlul Bait adalah sebab selamatnya saya daripada kemurkaan tuhan dan daripada neraka. Tanpa kasih dan cintakan mereka segala amalan saya sama ada ibadat-ibadat dan kewajipan-kewajipan yang difardhukan ke atas sekalian orang Islam seperti sembahyang, puasa dan lain-lain tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada saya. Begitu juga saya dididik dengan kewajipan membenci orang-orang yang memusuhi dan menzalimi mereka (ahlul bait).

Saya adalah di antara orang yang bersikap keras dan fanatik terhadap aliran pegangan saya dan saya tidak mahu membahasnya lagi dengan menganggap memperdebatkannya adalah merupakan kesalahan terhadap pegangan saya. Begitu juga saya sering berprasangka buruk terhadap golongan Ahlus Sunnah dengan beranggapan bahawa mereka sering memandang negative terhadap peganganku walaupun saya mempunyai ramai teman-teman dari kalangan Ahlus Sunnah. Saya boleh menerima segala perkara dari mereka kecuali perbahasan tentang pegangan saya dengan saya menyangka bahawa mereka (Ahlus Sunnah) memang menyedari bahawa mereka berada di pihak yang salah tetapi mereka mendakwa bahawa merekalah yang benar semata-mata kerana memusuhi ahlul bait dan mereka mahu merubah asas-asas mazhab Syi’ah serta berdusta atas nama imam-imam dan Syi’ah mereka.

Saya berterusan dengan pegangan tersebut pada waktu itu kemudian saya berpeluang untuk menyambung belajar di hauzah (pusat pengajian agama Syi’ah) ilmiah. Saya pergi ke sekolah pada waktu pagi dan ke hauzah pada waktu petang. Kemudian saya menghadapi kesulitan di dalam menggabungkan kedua-dua pengajian tersebut sekaligus di mana kalau saya memberikan waktu sebagai pelajar peringkat menengah (di sekolah) saya tidak dapat meneruskan pengajian di hauzah sedangkan saya benar-benar yakin tentang keutamaannya, lalu saya berfikir untuk meninggalkan sekolah tetapi keluarga saya menghalang dan mereka menasihati saya supaya saya belajar di hauzah ketika cuti musim panas dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan di hauzah. Selepas saya menamatkan peringkat menengah saya menyambung pengajian saya di hauzah ilmiah dan saya beriltizam untuk belajar sepenuh masa dengan merasa bangga sambil meyakini bahawa amalan ini akan menghampirkan diri saya kepada Allah taala.

Akan tetapi setiap kali saya membandingkan hukum agama yang baru atau sebahagian daripada sejarah Nabi s.a.w. atau sejarah ahlul bait saya merasakan di sana terdapat pertentangan dalam sesetengah keadaan. Namun begitu saya segera menganggap perasaan ini adalah disebabkan kejahilan saya sambil menyakini bahawa ianya adalah bisikan syaitan untuk menyesatkan saya daripada kebenaran.

Di antara persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, bila mana kami mengagongkan imam-imam dan anak-anak mereka melebihi Rasulullah s.a.w. yang merupakan sebaik-baik manusia di mana kami merayakan hari kelahiran mereka, menangisi sejarah kewafatan mereka dan mengambil berat tentang sejarah mereka berlainan dengan Nabi s.a.w.

Saya tidak menafikan bahawa kami (Syi’ah) juga mengadakan perhimpunan menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dan melakukan upacara takziah sebagai tanda kesedihan di atas kewafatan Baginda s.a.w. tetapi ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan sambutan kelahiran Imam Mahdi pada Nisfu Sya’ban di mana kita memakai pakaian baru dan menganggapnya sebagai hari perayaan sedangkan kelahiran Nabi s.a.w. kita hanya berpada dengan berhimpun sahaja. Oh! Betapa besarnya perbezaan antara sambutan takziah Husain denagn kewafatan sebaik-baik manusia, Muhammad s.a.w. Kami pada hari itu berpuasa separuh hari, menangisi Husain dan memukul-mukul dada. Aku sering tertanya-tanya juga di manakah anak-anak perempuan Rasul s.a.w. yang lain serta isteri-isteri-nya di dalam lipatan sejarah kita. Mengapa kita berpura-pura sengaja melupakannya.

Persoalan kedua, kebiasaannya pada ketika kita ditimpa musibah atau mempunyai sesuatu hajat kita akan mengadapkan permohonan dan pertolongan kepada ahlul bait supaya melepaskan kesusahan yang kita hadapi lebih daripada kita menghadapkan diri kepada Allah.

Persoalan ketiga, kenapakah diharamkan ucapan “amin” selepas membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang dengan alasan penambahan dan pengurangan yang membatalkan sembahyang. Sebaliknya di sisi kita mustahab mengucapkan “اشهد أن علياً ولي الله” di dalam sembahyang. Jika ia satu penambahan maka ia akan membatalkan sembahyang berdasarkan kepada hukum menambahkan sesuatu dalam sembahyang akan membatalkannya seperti ucapan amin selepas surah al-Fatihah. Jika ia bukan penambahan tentu hukumnya dalam sembahyang tidak sunat dan tidak wajib.

Persoalan keempat, saya saling tertanya-tanya adakah boleh diterima akal bahawa Nabi s.a.w. sebagai sebaik-baik manusia lemah serta gagal di dalam memilih sahabat-sahabat dan isteri-isteri kerana Baginda memilih sahabat-sahabat yang mentohmahnya dengan mengatakan Baginda meracau di saat-saat kewafatan-Nya kemudian selepas kewafatan-Nya mereka murtad daripada agama serta menyakiti anak perempuannya! Apakah boleh diterima akal salah seorang isteri Rasul akan melakukan khianat sedangkan ayat al-Quran begitu jelas menyebutkan sesuatu yang tidak memerlukan kepada penafsiran lagi iaitu:

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Suatu perkara yang sudah dimaklumi iaitu isteri seseorang serta anak-anak perempuannya adalah merupakan ahlulbaitnya.

Saya teringat di suatu ketika saya mendengar daripada kata-kata seorang syeikh di dalam satu kuliahnya dia berkata: “Sesungguhnya Imam Ali lebih mulia daripada Nabi di sisi Allah dan Husain lebih mulia daripada keduanya. Ia menjadikan satu hadith sebagai dalil tapi malangnya saya tidak mengingati hadith itu.Dan banyak lagi persoalan yang membingungkan saya pada ketika itu.

Sebenarnya boleh dikatakan orang yang mendorong saya untuk mengkaji hakikat sebenar adalah syeikh yang mengajar saya di hauzah ilmiah di mana dia sering menasihati kami supaya tidak berpada dengan ilmu-ilmu, kitab-kitab dan tokoh-tokoh kami sahaja bahkan menasihati kami supaya mengkaji ilmu-ilmu Ahlus Sunnah, kitab-kitab mereka dan tokoh-tokoh mereka supaya kami dapat membuat perbandingan di antara dua mazhab ini dan supaya kami bertambah yakin bahawa mazhab kami sahajalah yang merupakan mazhab yang betul.

Namun begitu saya tidak mempedulikan nasihatnya tersebut dengan alasan sesungguhnya saya benar-benar yakin bahawa saya berada di atas kebenaran. Saya terus berada dalam keadaan demikian sehingga saya mula berfikir untuk menyebarkan mazhab Syi’ah dan memberikan petunjuk kepada orang yang belum mendapat petunjuk lalu saya ingin meneliti sebahagian kitab-kitab Ahlus Sunnah untuk saya mengetahui tempat-tempat yang terdapat kesilapan di dalam mazhab mereka supaya saya dapat memfokuskan nasihat saya. Maka saya mula meneliti dan mengkaji melalui internet dan membaca sebahagian kitab. Pada peringkat permulaannya saya membacanya dan mendustakan apa yang terdapat di dalamnya sehinggalah saya mula membaca sebahagian hadith yang terdapat di dalam kitab sahih Bukhari melalui internet dan bila mana saya sampai bab “kitab waktu-waktu sembahyang” saya tidak mengetahui bilakah persoalan ini yang muncul secara tiba-tiba iaitu sudah sekian lama sembahyang lima waktu merupakan sembahyang yang mempunyai namanya yang khusus berserta waktunya sedangkan kita Syi’ah mengerjakannya bukan pada waktunya.

Dari sini saya berpindah untuk mengkaji tentang hakikatnya lalu saya meneliti tentang dalil-dalil yang thabit bahawasanya Rasulullah s.a.w. menjama’kan sembahyangnya tanpa musafir atau sakit atau ketakutan dan saya tidak menemui jawapannya. Lalu saya terpaksa meminta pertolongan daripada teman sekerja saya yang saya percaya dia akan menyembunyikan masalah saya dan ia adalah dari kalangan Ahlus Sunnah dalam keadaan saya pasti kalaulah jelas kepada saya bahawa Rasulullah s.a.w. bersembahyang secara berasingan dan tidak menghimpunkan sembahyangnya kecuali ketika adanya kesulitan maka ia adalah satu-satunya kesilapan di dalam mazhab saya dan saya mungkin akan dapat memperbaiki kesilapan tersebut dalam keadaan saya terus menganut mazhab saya ini.

Semoga Allah memberikan kepadanya beribu kebaikan di mana dia telah memindahkan persoalan saya kepada seorang Syeikh dan dia telah mengemukakan jawapan kepada saya berserta dengan dalil-dalil yang memuaskan dan dia memberikan nasihat kepada saya supaya mengikuti laman web golongan yang bangkit meninggalkan Syi’ah.

Saya mula melayarinya lalu saya membaca akidah ahlul bait di sisi Ahlus Sunnah. Pada permulaannya saya dapat membaca kesilapan saya namun tidak berpuas hati. Kemudian saya mula merasa puas dengan apa yang ditulis di dalamnya. Di samping itu saya membandingkannya dengan kitab-kitab dan rujukan-rujukan yang ada di sisi kita (Syi’ah) untuk memuaskan hati bahawa di sana memang terdapat kesilapan di dalam sesuatu tajuk itu tetapi saya cuba untuk menolak dalam keadaan hampa serta menekan jiwa saya.

Credit to notosyiah.blogspot.com
 
Hati-hatilah saudaraku...

Khomeini Tidak Bercanggah Dengan Syi’ah Zaman Lampau.

Antara kata-kata Ayatu al-Syaitan Khomeini terhadap Ahli Sunah :

"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunah...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]

"Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis." [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118 ]

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasibi (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah jil.1, m.s : 119 ]

Pandangan Syiah Zaman Lampau :

1. Manusia anak pelacur selain Syi’ah.

Mula Baqir al-Majlisi meriwayatkan Bihar al-Anwar jil. 24, m.s : 311. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah hadis bernombor 431. Kata Syi’ah, Imam al-Baqir berkata:

"Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita."

2. Sunnah / Nasibi kafir, najis dan lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah jil.2, m.s : 306 :

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

3. Harta Sunnah halal darahnya :

Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam Tahzib al-Ahkam, jil. 4, m.s : 122 ;
“Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”

Malangnya di Malaysia kita sedang ditipu oleh sangka baik oleh sesetengah pihak terhadap Syiah dan usaha taqrib dengan Syiah oleh mereka yang tidak pernah bergelumang dengan kitab-kitab Syiah dan tidak pernah mengetahui pandangan Syiah terhadap Ahli Sunnah. Semoga kita mereka sedarkan diri mereka dari jerut kaum Dajjal ini.
 
Taubat seorang pemudi Ihsaa'

Credit to notosyiah.blogspot.com

Dengan nama zat suci Allah swt dan takwini Muhammad s.a.w serta para imam suci, saya berani mengatakan antara 2:

1. Cerita ini rekaan semata2. Namun sebab bukti itu takde maka saya ketepikan.

2. Pencerita ini banyak membuat kesilapan.Bahkan bertaqlid buta tanpa arah kerana beberapa poin..

(1) Tiada manusia meskipun malaikat muqarrabun dapat mengatasi kedudukan Muhammad s.a.w. Begitu juga imam-imam dari kalangan Ahlul Bait a.s.

(2) Ayat Thathhor sama sekali tidak menggolongkan para isteri Nabi s.a.w dan ini sangat2 masyhur dikalangan Syiah yang berpengatahuan hujjah.

(3) Menjamak solat tanpa sebab dibolehkan berdasarkan nas hadits shahih pegangan ikhwan ASWJ tetapi ini tidak menafikan bahwa waktu solat 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya`. Maka bagaimana si penulis boleh tidak ketahui nama2 waktu ini dan nasnya?

Inilah antaranya. Segalanya pernah ana jawab dalam thread2 lain. Maka anda "yang menulis", jangan sekali2 anda mengikut buta dengan sesebuah mazhab tanpa nas dan hujjah. Minta hujjah dan nas yang benar2 tepat dan bertanya dan bertanya dan bertanya sampai anda berpuas hati. Ulama Syiah mengharamkan sama sekali seseorang muslim bertaqlid buta khususnya dalam soal aqidah. Ternyata anda seorang muqallid dari pegangan ibu bapa anda sahaja.
 
Khomeini Tidak Bercanggah Dengan Syi’ah Zaman Lampau.

Antara kata-kata Ayatu al-Syaitan Khomeini terhadap Ahli Sunah :

"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunah...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]

Aceglobal13: Kata2 ini benar. Apa yang dimaksudkan imam Khomeni adalah apa yang sedang diamalkan umat islam kini sangat bertentangan dengan nas dan hujjah. Cukuplah dari cara wudhu hingga memberi salam. Ia berlainan sama sekali diantara Syiah dan Sunnah. Maka jika bagi Syiah bahawa apa yang diamalkan ASWJ itu batil berdasarkan nas, maka adakah Syiah dipaksa untuk mengikut ASWJ? Maka begitu juga sebaliknya bagi ikhwan ASWJ.

"Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis." [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118 ]

Aceglobal13: Imam menyebut Nawasib dan Khawrij. Bagaimana antum boleh mengatakan Nawasib itu ASWJ? Adakah menerusi kurungan yang dibuat? Nawasib adalah mereka yang membenci Rasul dan Ahlul Bait bukan ASWJ akhi.

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasibi (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah jil.1, m.s : 119 ]

Aceglobal13: Pehatika semula kata2 imam Khomeni. "Kumpulan2 Syiah....seterusnya..." Maka ASWJ bukan Syiah. Dan antum Salah lagi. Nasibi bukan ASWJ tetapi pembenci Ahlul Bait dan Rasul s.a.w. Bahkan ASWJ juga mempercayai imam 12 akhi. Bahkan berlambak kitab2 ASWJ yang menulis sirah dan tarikh mengenai mereka. Cari kitab Tadzkiratul Huffaz: Sibt Ibnul Jauzi al-Hanafi dan Faraidus Simthain: Ibnu Sabbagh al-Maliki.

Pandangan Syiah Zaman Lampau :

1. Manusia anak pelacur selain Syi’ah.

Mula Baqir al-Majlisi meriwayatkan Bihar al-Anwar jil. 24, m.s : 311. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah hadis bernombor 431. Kata Syi’ah, Imam al-Baqir berkata:

"Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita."

Aceglobal13: Syiah tidak pernah mengatakan hadits al-Kulaini sebagai shahih sebagaimana ASWJ mengklaim Bukhari dan Muslim. Maka adakah nas yang antumm bawakan ini shahih di sisi Syiah?

2. Sunnah / Nasibi kafir, najis dan lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah jil.2, m.s : 306 :

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

Aceglobal13: Nasibi bukan ASWJ sekali lagi dinyatakan. Nasibi pembenci Ahlul Bait dan Rasul s.a.w.

3. Harta Sunnah halal darahnya :

Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam Tahzib al-Ahkam, jil. 4, m.s : 122 ;
“Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”

Aceglobal13:
Dah jawab. Nasibi bukan ASWJ.

Malangnya di Malaysia kita sedang ditipu oleh sangka baik oleh sesetengah pihak terhadap Syiah dan usaha taqrib dengan Syiah oleh mereka yang tidak pernah bergelumang dengan kitab-kitab Syiah dan tidak pernah mengetahui pandangan Syiah terhadap Ahli Sunnah. Semoga kita mereka sedarkan diri mereka dari jerut kaum Dajjal ini.

Aceglobal13: Dan malang juga buat antum yang tidak meneliti nas samada ia dgunapakai oleh Syiah atau tidak. Dan antum takde sebarang sandaran dari keterangan ulama kini berkenaan syubhat yang antum bawa. Antum malang.
 
yg TT nak tau sangat pasal syiah ni kenapa? da terang2 ajaran syiah byk menyeleweng... "da terang x yah lagi bersuluh" contoh paling dekat,iran(majoriti syiah) kenapa x nak hulurkan bantuan kepada palestin (Sunnah) sedangkan dia declare bahawa negara dia US ngan Israel jahanam pon x berani nak kaco diorang? adakah sebab berlainan mazhab? atau syiah ni PROPA jer lebih???

Tapi xsilap saya..Iran ada pasukan tentera Pashdaran,Pashdaran trained Hizbollah,Hizbollah trained Hamas,Hamas di Palestin.Iran dengan Palestine jauh.. jadi gunekan Lubnan sebagai middle man..Tapi ade org argue,iran pakai senjata israel dan amerika,tapi pada pendapat saya,semasa pemerintahan Shah Reza dulu senjata tu dah ade dah,so selepas Revolusi mereka pakai je la ape yang ade.Duit bukan ade pon sebab kene sanction dengan US sejak revolusi.

Pakistan dulu kene gempa bumi,Iran yang 1st bagi duit kat Pakistan melalui wang khumus.

Tapi negara-negara arab lain xbagi bantuan pon,tutup sempadan lagi adela..Saudi dan lain bergantung kepada FDI yang US laburkan.Sebab mereka takut pemerintahan monarki jatuh,tu juge salah satu sebab kenapa mereka pegang Wahabi,dalam Wahabi kan kena taat dengan pemerintah sebulat bulatnya.
 
Syiah pula kena taat 100% ngan imam sebab mereka Maksum.. lagi teruk:))
 
sebab imam tu kan xsilap saya keturunan Rasulullah s.a.w? sunni dan syiah sepakat dalam hal ini.

dilantik melalui penunjukkan bermula dari peristiwa ahl-al kisa dalam surah al-ahzab ayat 33.
 
sebab imam tu kan xsilap saya keturunan Rasulullah s.a.w? sunni dan syiah sepakat dalam hal ini.

dilantik melalui penunjukkan bermula dari peristiwa ahl-al kisa dalam surah al-ahzab ayat 33.

sunni sepakat dlm hal ini? kitab mana yang kata ulama sunni ijma' mengatakan keturunan nabi ni maksum?
 
Sunni dan syiah sepakat mengakui bahawa terdapat 12 keturunan Rasulullah s.a.w yang paling dikenali bermula dari ali r.a,hassan,hussein,dan seterusnya,kan ke kenyataan tu pada baris pertama.

Tapi sunni xmengatakan mereka itu imam dan maksum,cari dalam kitab sunni memang la tak jumpa,cuba kaji sekali kitab syiah tentang mengapa mereka itu digelar maksum.
Yang mengatakan mereka maksum tu Syiah.

Pada pendapat saya,saudara tidak mengkaji mereka dengan kitab-kitab mereka,saudara lebih menurut dan mendengar kata-kata orang lain,betul tak?
 
Last edited:

Ye memang ada, kalau DIKENALI tu pun ada. Tp sunni x pandang lebih pada mana2 keturunan.

Yang kata maksum tu pun pulak bukan sunni tapi syiah, memang lah x kaji sbb syiah dah kata maksum. X payah kaji pun, bongkar mcmana pun penipuan syiah.. mereka akan tetap kata maksum. Memang aku mendengar kata orang iaitu pendapat2 ulama2 sunni sahaja. kalau kitab2 syiah x payah kaji dah, dah 2 tahun aku belajar syiah kat CG ni, nasib baik x jadi syiah. Mula2 dulu tertipu jugak. Nasib baik Allah bagi hidayah & ditakdirkan mengenal ilmu2 hadis & ulama2 sunni.

Malah berlaku perpecahan pulak dlm syiah disebabkan khilaf pada imam ke berapa entah, IMAM MAKSUM PUN KHILAF? Sbb tu lah ada sesetgh Imammiyah ni selalu kata Ismailiyah ni sesat le, melampau le, memburukkan syiah le, padahal sama je sesat.
 
Back
Top
Log in Register