BTC USD 39,069.7 Gold USD 1,822.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumaat @ Selangor: syiah sudah diganti dengan 'hizbut tahrir'

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,736
Reaction score
299
Points
141
kalau korang perasan doa slps khutbah jumaat @ selangor sudah berubah

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk istiqamah menunaikan solat fardu secara berjemaah, merasai kemanisan menunaikannya sehingga ke akhir hayat kami. Peliharalah kami daripada ajaran yang terkeluar daripada Islam seperti Qadyani dan ajaran-ajaran yang difatwakan sesat seperti Hizbut Tahrir

nick-young-confused-face-300x256-nqlyaa.jpg
 
Sponsored Post

zfa85

Active Member
Joined
Apr 26, 2012
Messages
1,158
Reaction score
30
Points
40
Itula..perasan jugak..Hizbut Tahrir tu sesat ke?dulu salu gk dapat pamplet bacaan islamik lepas jumaat..tgk content die mcm xde masalah pon.
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,736
Reaction score
299
Points
141
Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 08/2015-1436H yang bersidang pada 10 Disember 2015 bersamaan 28 Safar 1437H. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :
1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah seperti berikut:
  1. bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama‘ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;
  2. bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;
  3. menafikan istilah “al-Qada’ wa al-Qadar”;
  4. berpegang kepada fahaman Qadariyyah;
  5. bahawa aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah;
  6. menolak sumber aqidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith Ahad itu dalil zanni sedangkan aqidah itu keyakinan; atau
  7. bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.
2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah-
  1. menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
  2. berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
  3. mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;
  4. berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
  5. melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
  6. mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;
  7. memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih atau;
  8. mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di Negeri Sembilan.
3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai‘ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.
4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar.
5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.
6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan.

Proses Pewartaan
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Tapii jangan lah buang Shiah drp doa tu...Hizbut Tahrir rasanya Tak besar pun pengaruh nya..Shiah yg amat amat bahaya sekarang ni!

Kenapa tukar?

Harap2 siapa yg boleh ctc jab Agama.sila mintak jangan gugurkan Shiah.
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,567
Reaction score
160
Points
43
punca semua benda gini jadi sebab kalangan menteri vvip kerabat politikus anuti kultus tersebut..
 

AbamB

Fun Poster
Joined
Nov 10, 2017
Messages
297
Reaction score
34
Points
30
ada mmbr info
dorg akan gilirkan ajaran sesat dalam khutbah jumaat
so maybe mggu depan syiah atau ajaran sesat lain
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
ada mmbr info
dorg akan gilirkan ajaran sesat dalam khutbah jumaat
so maybe mggu depan syiah atau ajaran sesat lain

Gilirkan utk buat penerangan o.k lah...tapi doa nak letak gilir.. sebut sepatah je pun.. macam Tak lojik lah pulak. :)
 

AbamB

Fun Poster
Joined
Nov 10, 2017
Messages
297
Reaction score
34
Points
30
Gilirkan utk buat penerangan o.k lah...tapi doa nak letak gilir.. sebut sepatah je pun.. macam Tak lojik lah pulak. :)


[10/11, 17:29] Bro Amir: Alhamdulillah sihat saja nak call sat ada isu ka khutbah td😅😁
[10/11, 17:30] Hairul Jais: Ada ..pasai tak.masuk syiah sesat pun depa kecoh
[10/11, 17:31] Hairul Jais: Panel dah bincang utk buat penggiliran
[10/11, 17:31] Hairul Jais: 11 okt - Hizbut Tahrir
18 okt - Ajaran Millah Abraham
25 okt - Gerakan Militan DAESH
1 nov - Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme
8 Nov - Ajaran Ilmu Shahadah Zikir Nafas oleh Ismail Kassim
15 Nov - Ajaran Kumpulan Al-Arqam
22 Nov - Ajaran Islam Jamaah
29 Nov - Ajaran Syiah
[10/11, 17:31] Hairul Jais: Antara ajaran sesat yg akan disebut...ikut giliran
[10/11, 17:32] Bro Amir: Itulah sampai kwn2 ana yg kuat PAS n umno ni kata jais terkena tempias ph👻
[10/11, 17:34] Hairul Jais: Depa tak takut kat yg diatas ka... belum tanya dah buat andaian... PH tak ada kene mengena... ini apa yg telah diubah suai dalam meeting... nak raikan apa yg telah difatwakan oleh jabatan mufti selangor...
[10/11, 17:34] Bro Amir: Terbaik akhi
[10/11, 17:35] Hairul Jais: Yg pentingnya rukun dan isi kandungan tercapai maksudnya...
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201
Geng tabligh tak masuk haram ke? :unsure:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register