BTC USD 38,990.0 Gold USD 1,816.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumaat @ Selangor: syiah sudah diganti dengan 'hizbut tahrir'

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Fahaman Hizbut Tahrir difatwakan bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah - Tosrin

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pendukung fahaman Hizbut Tahrir berikutan ia sudah difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata justeru memorandum yang mahu diserahkan oleh sekumpulan individu mendakwa daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di Jabatan Mufti Johor, kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, tidak diterima.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Johor yang mewakili Jawatankuasa Fatwa negeri mengambil pendirian tegas itu atas dasar HTM bukan pertubuhan berdaftar, selain fatwa terbabit sudah diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor pada 10 Oktober tahun lalu.

"Setakat ini, kerajaan negeri mendapat maklumat bahawa ada 10 badan bukan kerajaan (NGO) sudah membuat laporan polis pada hari sama, bagi menyatakan pendirian tidak berpuas hati atas tindakan HTM yang dilihat sebagai cuba memecahbelahkan perpaduan Islam di Johor.

"Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Mufti negeri sentiasa berusaha menyebarluaskan serta memberi kefahaman kepada masyarakat dan umat Islam mengenai fatwa terhadap kedudukan fahaman Hizbut Tahrir.

"Umat Islam di Johor khasnya dan Malaysia amnya diharapkan agar bersatu hati dalam menangani ancaman pengaruh fahaman Hizbut Tahrir daripada tersebar serta mempengaruhi masyarakat Islam," katanya pada sidang media di Pusat Islam Iskandar, dekat sini, hari ini.

Sambil menjelaskan fahaman itu dikenal pasti cuba dikembangkan sejak tahun lalu, Tosrin mengingatkan HTM atau mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Sementara itu Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, menegaskan bahawa tidak ada asas untuk pihaknya bertemu dengan kumpulan berkenaan kerana ia bukan pertubuhan berdaftar.

"Oleh itu, kita menganggap ia adalah pertubuhan haram, selain memang sudah difatwakan ia sebagai pertubuhan yang bercanggah dengan ajaran Islam, perlu dielak dan tidak boleh disebarkan.

"Sekiranya kita bertemu dengan mereka, seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pihak berkenaan. Jika berjumpa atas nama individu, kita terima. Kalau berjumpa atas nama Hizbut Tahrir, kita tidak terima.

"Pencerahan kepada masyarakat akan terus dibuat dari semasa ke semasa," katanya.

Berdasarkan Warta Kerajaan Johor, antara fahaman terkandung dalam ajaran Hizbut Tahrir ialah berpegang kepada pemikiran Tabanni, iaitu mewajibkan penganutnya akur dengan sebarang ketetapan kumpulan itu, selain berpandangan mana-mana dakwah yang tidak berjaya selepas 23 tahun adalah salah dan perlu ditukar caranya.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201
Polis Johor sudah warning

1601468588958.jpeg
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201
No wonder ler

harus rupa nya
1601523777393.jpeg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register