• PAS dibenarkan tubuh oleh pihak British untuk memecah belahkan kesatuan orang Melayu yang semasa itu menuntut kemerdekaan. Ramai Tok Guru dan ulama telah ditipu oleh Hj Ahmad Fuad dan kawan-kawannya yang sebenarnya hanya hendakkan jawatan yang mana terbukti kemudiannya bertanding sebagai ahli majlis di Pulau Pinang.
Aneh, semasa hampir semua orang Melayu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, pihak PAS menolak untuk kemerdekaan dengan alasan-alasan seperti ketidakkemampuan orang Melayu memerintah sendiri.
• PAS di zaman Dato' Asri/ TAR dibenarkan terus wujud kerana kehadiran pemimpin-pemimpin nasionalis Melayu di dalam PAS seperti Prof Zulkifli Mohamed. Peranan PAS pada masa itu lebih kepada check and balance kepada UMNO sebagai parti pemerintah. Jadi, kalau orang bukan Islam meminta yang bukan-bukan, maka PAS datang membantah, dan ini akan digunakan oleh UMNO sebagai alasan menolak permintaan bukan-bukan tersebut.
• Selepas revolusi Iran, Dato' Asri Hj Muda digulingkan lalu digantikan oleh kepimpinan radikal yang dipelopori oleh Hj Hadi dan pengeluar fatwa-fatwa temberang untuk menghalalkan tindak-tanduk mereka yang diketuai oleh Nik Aziz Nik Mat.
Sejak daripada itu, peranan PAS hanyalah pemecahbelah umat Melayu di mana isu-isu seperti kafir mengkafir, sembahyang 2 imam, kenduri berlainan dan pelbagai perkara lagi. Kemuncaknya adalah tragedi Memali yang kelihatan jelas didalangi PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA MUSA BIN HITAM yang mengambil kesempatan untuk menggulingkan Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri. Sehingga kini PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA MUSA BIN HITAM belum lagi berdamai dalam memerangi orang Melayu sendiri kerana kehilangan kuasa tersebut yang dipegangnya iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Peralihan kepimpinan PAS selepas Dato' Asri Hj Muda adalah akibat golongan muda parti berkenaan terpengaruh dengan revolusi berdarah Iran yang diketuai oleh Khomeini yang berfahaman Syiah Imamiyah.
Sejak daripada ini, pelbagai keburukan telah dibawa oleh parti PAS yang merugikan bangsa Melayu dan agama Islam.
Para ahli ilmu di dalam PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa sesat dan menyesatkan, dan ini malangnya dituruti oleh ramai orang Melayu. Sememangnya sebagaimana yang difahami dari keterangan junjungan besar Nabi Muhammad saw, kesesatan itu akan diikuti oleh ramai orang berbanding dengan kebenaran. Maka dari itu, undi Melayu ke atas parti pemerintah merosot sedikit demi sedikit, yang mana tidak mustahil suatu hari nanti bala atau musibah besar kepada bangsa ini akibat kehilangan kuasa politik akan berlaku.
Dan Allah sahajalah yang memberi taufiq kepada hamba-Nya yang dipilih-Nya mendokong kebenaran.