BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah di dalam PAS !!!

HUKUM TERTINGGI SYIAH

Adapun Syiah, hukum tertinggi bagi mereka bukan Al-Quran dan As-Sunnah, Ijmak dan Qias, ini kerana, syiah menganggap bahawa hukum yang tertinggi disisi mereka adalah Al-Imamah.

Kenyataan ini dibuktikan dengan merujuk kitab syiah yang bernama “Hayat Al-Qulub” karangan ulama syiah yang bernama “Al-‘Alamah Al-Majlisi” dengan katanya;

“Sesungguhnya Imamah itu lebih tinggi martabat berbanding kenabian[2]”
Begitujuga, pada syiah, sesuatu hukum yang hendak dikatakan halal atau haram, perlu merujuk kepada Imam syiah. Hal ini dibuktikan dengan kata-kata Al-Kulaini didalam kitab “Al-Kafi” dengan katanya;

“Mereka (para imam) boleh menghalalkan perkara yang mereka mahu dan mengharamkan perkara yang mereka mahu[3]”

SYIAH DAN AL-QURAN

Hakikatnya, syiah tidak berpegang teguh dengan Al-Quran. Al-Quran yang digunakan pakai oleh syiah tidak sama dengan Al-Quran diguna pakai oleh sunni. Ini jelas dengan kenyataan Al-Kulaini yang disandarkan kepada ‘Jaafar bin Muhammad Sadiq” yang berkata;

“Sesungguhnya kami mempunyai mashaf Fatimah R.A. Apakah Mashaf fatimah ? .. Mashaf yang mempunyai kandungan lebih tiga kali ganda dari mashaf kamu[4]”

SYIAH DAN SUNNAH

Syiah juga tidak berpegang dengan Sunnah. Mana mungkin mereka beriman dengan sunnah, sekiranya ramai dari sahabat-sahabat nabi yang dikafirkan oleh mereka.

Ini di buktikan dengan merujuk kitab syiah yang bernama “Al-Kafi” dengan dakwaan kitab itu dinukil dari kata-kata Jaafar bin Muhammad As-Sadiq;

“semua manusia murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW melainkan tiga orang. Ditanya; siapakah tiga orang itu? : dijawab; Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghiffari dan Salman Al-farisi[5]”

Bukan itu sahaja, mereka sanggup menyatakan bahawa sahabat besar yang bernama Abu Bakar As-Siddiq[6] dan Samurah bin Jundab[7] adalah orang yang memaudukkan (memalsukan) hadis. Hal ini boleh di rujuk didalam kitab karangan Al-Khumaini sendiri, iaitu kitab “kasyf Al-Asrar” di halaman 112 dan kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” di halaman 17.

SYIAH DAN IJMAK

Syiah tidak mengikut ijmak ulama, sedangkan mengikut ijmak merupakan perkara yang wajib dan disepakati oleh ulama atas mengikutinya.

Ini didalikan kepada firman Allah;

“dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(Surah An-Nisa’ : 115)

Adapun syiah, mereka melanggari kewajipan ini. Antaranya adalah mereka menghalalkan kahwin mutaah yang telah diharamkan oleh Allah berdasarkan kepada Ijmak Ulama.

Antara bukti penghalalan kahwin mutaah ini adalah berdasarkan kepada kenyataan Al-Khumaini sendiri didalam kitab karangannya yang bernama “Tahrir Al-wasilah”;

“tidak perlu ditanya kepada perempuan yang hendak di mutaahkan, samada ianya sudah bersuami atau tidak[8]”

Ijmak muslimin mengatakan pengharaman Kahwin mutaah. Termasuk juga yang mengharamkan kahwin mutaah adalah ‘Ali bin Abi Talib.[9]

siapakah yang tidak mahu menggunapakai al-quran sebagai perundangan malaysia

terang2 semua tahu bahawa pas adalah parti yang memperjuangkan Quran sebagai perudangan islam,

siapa yang menghalang pas dan selalu 'mengejek' pas dari mengutarakan undang2 islam berlandaskan al-Quran?

tepuk dada tanya kapla otak sendiri :-?
 
lepak la syah99 kita dok bincang pasal syiah ni..nanti kita kupas bab murtad xpun ko buka satu thread lain..jgn jadi extremis PAS yg suka divert topik bila terkena batang hidung depa sendiri..peace:D

itu bukan divert topic, tp kesan dr isu ni sama aje bahayanya pada Islam. aku pon tak la seagresif mana bila citer pasal Politik(kalo ko perasan la).

cuma aku melihat dr kacamata rakyat biasa dan sebagai Muslim. Itu aje.
 
siapakah yang tidak mahu menggunapakai al-quran sebagai perundangan malaysia

terang2 semua tahu bahawa pas adalah parti yang memperjuangkan Quran sebagai perudangan islam,

siapa yang menghalang pas dan selalu 'mengejek' pas dari mengutarakan undang2 islam berlandaskan al-Quran?

tepuk dada tanya kapla otak sendiri :-?

salah tu.... tepuk dada... tanya IMAN!

aduh... abang mat.. sabar! jangan cepat melatah dalam hal ni.. thread ni nak bincang pasal syiah dan pas...
 
siapakah yang selalu menghalang dan 'mengejek' PAS dari melaksanakan hukum islam berlandaskan AL-QURAN di malaysia ini?

siapakah yang mengejek dan gelak2 bila pas klate mengadakan tempat berasingan(mengikut lunas islam) bila adakan konsert islamik, beratus beli barang, wakaf untuk berehat...bla..bla....
 
salah tu.... tepuk dada... tanya IMAN!

aduh... abang mat.. sabar! jangan cepat melatah dalam hal ni.. thread ni nak bincang pasal syiah dan pas...

tak de melatah punya, ko masih gak tak menjawab soalan aku

biar aku ulang kalu ko telepas pandang

siapakah yang selalu menghalang dan 'mengejek' PAS dari melaksanakan hukum islam berlandaskan AL-QURAN di malaysia ini?

siapakah yang mengejek dan gelak2 bila pas klate mengadakan tempat berasingan(mengikut lunas islam) bila adakan konsert islamik, beratur beli barang, wakaf untuk berehat...bla..bla....
 
lagi gambar...

pas_syiah.gif.png

Nampaknya gambar pemimpin Syiah lebih banyak dijulang dalam demonstrasi anjuran PAS. Gambar Khomeini pun ada.
 
Sayang dan kagumnya penyokong PAS dengan pemimpin-pemimpin Syiah... Anda semua tidak sedar, mereka mengkafirkan para sahabat Nabi s.a.w. termasuk isteri-isteri baginda Ai'syah dan lain-lainnya.

passyiah1.bmp.jpg
passyiah2.bmp.jpg
 
Khomeini Menghina Para Nabi a.s.

Insan bernama al-Khumeini yang dijunjung gambarnya oleh pengikut-pengikut Parti Islam Semalaysia PAS, berkata :

"Sesungguhnya dari kemestian mazhab kami (Syi'ah), bahawasanya para Imam kami itu mempunyai kedudukan (tinggi) yang tidak dicapai oleh para Malaikat yang hampir dan Nabi yang diutuskan." (al-Hukumah al-Islamiyah, m.s. 75)
 
Isu ni berat, mmg mudaratkan org Islam, lagi2 yg dlm PAS, sebab mereka ni bakal perintah Malaysia.

Nasi ayam, dgn bukti2 yg ko ada. ko buat 1 report polis. Cara itu nampak lebih bertanggung jawab.

aku rasa cara itu yg terbaik. kalau sekadar dkt forum CG ni aku rasa takkan kemana sgt pun isu ni. lebih kurang mcm borak kedai kopi la gak :D
 
Back
Top
Log in Register