aca176
Active+ Member
- Messages
- 4,820
- Joined
- Mar 1, 2009
- Messages
- 4,820
- Reaction score
- 108
- Points
- 43
10). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak melafazkan niat sebelum solat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah mengajarkan amalan demikian. Demikian juga Wahhabilah al-Qadhi Abu al-Rabi’ Sulaiman bin ‘Umar asy-Syafie karena menyatakan amalan melafazkan niat sebelum solat itu bukan berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih. –Lihat kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhtha’ al-Mushallin.
11). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang menolak sampainya pahala bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si orang yang telah meninggal. Kalau begitu Wahhabilah juga Imam asy-Syafie, Syeikh al-Haitsami asy-Syafie dan lainnya yang berpendapat bahwa “Tidak akan sampai pahala bacaan al-Qur’an yang dikirimkan kepada si mati”. –Lihat Tafsir Ibn Katsir, al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab dan al-Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah.
12). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang melarang mengkapur dan membangun bangun di atas kubur. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan Imam al-Munawi yang menjelaskan kebencian Imam asy-Syafie kepada amalan membangun dan mengkapur kuburan sebagaimana yang mendarah daging dalam tradisi umat Islam yang mengaku bermazhab Syafie. –Lihat kitab al-Umm, Syarah Shahih Muslim dan Faidh al-Qadir.
13). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, sifat turun (al-Nuzul) dan sebagainya tanpa takwil. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang menetapkan kedua-dua sifat itu dan selainnya tanpa sebarang pentakwilan ke atasnya. Demikian juga al-Imam adz-Dzahabi asy-Syafie yang turut menetapkan sifat-sifat Allah. –Lihat kitab Tafsir Ibn Katsir dan al-‘Uluw Li al-‘Aliyyil ‘Azhim.
14). Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak belajar dan berakidah dengan sifat 20. Maka demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie karena tidak pernah mempelajari, apalagi mengajarkan sifat 20 itu. Tidak ada satupun bukti beliau berpegang kepada kaedah pengkajian sifat 20 didalam semua kitabnya. -Lihat kitab al-Umm dan al-Risalah.
15). Orang katakan Wahhabi adalah mereka yang tidak menyapu muka selepas berdoa. Jika demikian maka Wahhabilah juga Imam al-Nawawi asy-Syafie yang menolak kesunnahan harus menyapu muka selepas doa. Demikian juga Imam al-‘Izz ‘Abd as-Salam asy-Syafie yang menyatakan adalah Hanya orang-orang ***** yang menyapu muka selepas berdoa. -Dinyatakan di dalam ‘Irwa’ al-Ghalil dan Shahih al-Adzkar wa Dha’ifuhu.
Wallahua’lam .