BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syeikh Faisol ulas video tular sembelih lembu mati terjerut

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Syeikh Faisol ulas video tular sembelih lembu mati terjerut


Syeikh Faisol memberikan pandangan status penyembelihan tersebut.
PETALING JAYA – Beberapa hari lalu tular sekumpulan lelaki menyembelih lembu yang sudah mati kerana dipercayai terjerut tali untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Cakna dengan hal tersebut, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Datuk Syeikh Faisol Omar tampil memberikan pandangan mengenai status sembelihan tersebut.

“Binatang yang hendak disembelih kita perlu pastikan dia hidup dan hidup itu ada dua kategori. Yang pertama hayah mustaqirah iaitu binatang itu ada kehidupan yang tetap dan mati kerana disembelih bukan sebab lain.

“Tanda-tandanya ialah dia akan menggelupur, ataupun keluar darah memancut, ataupun dia mengeluarkan suara yang kuat. Maka sahlah sembelihan itu. Tidak semestinya semua tanda ada.

“Satu lagi hayah mazbuhah iaitu binatang yang hakikatnya dia menanti saat nak mati dan jika disembelih tidak sah. Jika dimakan dia jadi bangkai,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, video sembelihan yang tular itu sebenarnya tidak sah kerana lembu tersebut sudah mati.

“Hakikatnya, saya tengok video itu binatang tersebut sudah mati. Kalau dia tak mati pun kategori hayah mazbuhah. Maka sembelihan tersebut tidak sah.

Tambahnya, dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam mengendalikan proses sembelihan.

“Maka saya peringatkanlah kepada orang-orang yang nak buat korban, orang yang terlibat dengan penyembelihan itu semasa nak merebahkan binatang, kita nak ikat binatang, pastikan dia jangan tercekik teruk sehingga mati.

“Kesian kepada orang yang buat korban tu, dia rugi banyak. Tak jadi korban sebab sembelihan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
 
Dok pikir mcm mana nak ganti rugi kat tuan korban pasal lembu mati terjerut

Baik sembelih ja la buat2 ja la bg jadi juga korban

Naya org yg amik tu… daging siap dah edar merata
 
peserta korban dah mengorbankan duit ringgit utk beli lembu,...tapi lembu korban telah terkorban dgn sia sia dagin tak leh makan...ini satu pengorbanan yg besar telah di tanggong oleh peserta korban

........eehhhh berapa banyak korban daaaa
 
Dok pikir mcm mana nak ganti rugi kat tuan korban pasal lembu mati terjerut

Baik sembelih ja la buat2 ja la bg jadi juga korban

Naya org yg amik tu… daging siap dah edar merata
Rasa x edar kot lembu ditanam ada member tunjuk video tadi..
 
Kalau binatang buruan kene tembak mcm mana plak? Biasa orh masuk utan tembak rusa kancil bawak bangkai balik mkn

Haiwan liar xpe. Harus berburu guna senapang,panah,lembing.asalkan sebut nama Allah.
Halal dimakan.xjadi bangkai.
 
Back
Top
Log in Register