rajakereta.com tak termasuk dalam pemerhatian BNM ker?
Program ini adalah berdasarkan konsep menang-menang (win-win situation) dimana Rakan Niaga VIP RajaKereta.biz menjadi Rakan Niaga syarikat dengan menyediakan modal bersama, sementara syarikat Azza Motor Network menjalankan perniagaan jual beli kereta dan mendapat keuntungan hasil daripada aktiviti tersebut. Seterusnya keuntungan dibahagi-bahagikan setelah ditolak kos pengurusan, berdasarkan kepada jumlah pelaburan Rakan Niaga.
Berikut adalah contoh keuntungan maksima berdasarkan pilihan modal yang disediakan oleh Rakan Niaga:
RM500 – Keuntungan maksima sebanyak RM100 setiap bulan selama 24 bulan, berjumlah RM2,400
RM1,000 - Keuntungan maksima sebanyak RM200 setiap bulan selama 24 bulan, berjumlah RM4,800
RM2500 - Keuntungan maksima sebanyak RM500 setiap bulan selama 24 bulan, berjumlah RM12,000
RM5000 - Keuntungan maksima sebanyak RM1,000 setiap bulan selama 60 bulan, berjumlah RM60,000
Keuntungan perniagaan akan mula dibayar kepada Rakan Niaga pada bulan ketiga, setelah menjadi Rakan Niaga syarikat. Setiap pilihan modal hanya terhad kepada 500 unit sahaja. Tawaran akan ditamatkan setelah 500 unit yang ditawarkan habis.