Company2 macam ni 20 tahun dulu dah ada dah. Cuma dulu belum ada forex, jadi konon2 diorang cakap diorang trade kapas, kopi, dan lain2 lagi. Dia akan bagi kita satu list yg penuh dengan nama orang2 kaya, kita kena call setiap orang dan ajak orang datang company dgn menggunakan ayat2 pelaburan yg indah2. Masa tu kesedaran orang awam tentang fungsi BNM dan lesen yg diperlukan oleh syarikat2 begini, boleh dikatakan langsung tiada knowledge, jadi sangat ramai yg tertipu.
Kemudian pertengahan 90an sehingga awal 2000, syarikat2 yg dah mula kenal internet, mula guna Forex sebagai umpan. Dia advertise konon ada kerja kosong, bila kita pegi, dia akan tanya kita sama ada ayah kita masih bekerja atau dah pencen. Kalau dah pencen, dia akan pujuk kita suruh bawa ayah datang sebab diorang target duit pencen tu. Bila kena serbu, diorang tutup company dan buka lagi atas nama lain, tapi orang yg sama.
Syarikat2 begini asalnya dari Macau dan Hong Kong. Kat sana memang aktiviti menipu sebegini dah lama. Bila dah dikesan, penipu2 ini lari ke Malaysia dan bersubahat dgn orang tempatan (Chinese, Malay dan Indian) utk tipu pula orang di sini. So far saya belum pernah dgr lagi ada yg kena tangkap. Mungkin diorang yg licik, atau bahagian penguatkuasaan kita yg lemah?
Wallahua'lam.