combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming semasa sidang media selepas merasmikan Program Pengasingan dan Kitar Semula Kotak Minuman Untuk Pusat Beli Belah di Pasaraya AEON Seksyen 13 Shah Alam.
Lebih 300 penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan digerakkan bagi mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan tahap kebersihan di kawasan serta jalan awam di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pasukan penguat kuasa itu akan memberi tumpuan kepada kebersihan jalan raya serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan jalan raya sebagai ‘tong sampah’ sepanjang musim perayaan ini.
“Kita akan menugaskan lebih 300 penguat kuasa SWCorp untuk memantau keadaan kebersihan. Sempena Aidilfitri ini juga, penguatkuasaan undang-undang akan dipertingkatkan, justeru kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kawasan dan jalan awam sentiasa bersih.
“Tanggungjawab ini bukan terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program ‘Sort & Drop - Recycle The Cartons’ Peringkat Kebangsaan di Pusat Beli Belah AEON Shah Alam, Seksyen 13 di sini hari ini.
Sementara itu, Nga berkata SWCorp telah menahan 1,054 'ulat sampah' di seluruh negara setakat pagi ini dan kesemua individu terbabit akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
"Saya dapati individu yang melakukan kesalahan kecil membuang sampah ini, antaranya majoriti membuang puntung rokok, jadi jangan kerana satu puntung rokok dibuang, kamu didenda RM2,000, sapu jalan 12 jam. Tidak berbaloi.
"Jika ada sampah, simpan dalam kereta dan apabila sampai ke destinasi, buang dalam tong sampah. Hukuman khidmat masyarakat menanti anda (jika ditangkap). Tak kira kamu siapa...yang dewasa, kanak-kanak ataupun warga asing, hukuman itu terpakai kepada semua orang,” katanya.
Terdahulu, Nga menyaksikan pemeteraian memorandun persefahaman antara Tetra Pak, KPT Recycle Sdn Bhd (KPT Recycle) dan AEON Co (M) Bhd (AEON) yang akan memperincikan perluasan Program ‘Sort & Drop - Recycle the Cartons’ ke 27 pusat beli belah AEON di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun menjelang 2028.
SWCorp Perhebat Pemantauan, 300 Penguat Kuasa Ditugaskan Sempena Aidilfitri
SWCorp, pemantauan, penguatkuasa, Nga Kor Ming