combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Nelayan Vietnam Guna Vesel Klon VNT Kaburi Penguat Kuasa
Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menahan nelayan-nelayan Vietnam yang cuba menangkap ikan di perairan negera dengan menggunakan Vesel Klon nelayan tempatan (VNT).
Taktik 14 nelayan Vietnam menggunakan vesel yang dipercayai “diklon” menyerupai vesel nelayan tempatan (VNT) bagi mengaburi penguat kuasa gagal apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan di perairan negara, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan Kapten Maritim Kamal Mohamad berkata kesemua suspek ditahan ketika anggotanya dalam pelayaran pulang selepas selesai menyertai eksesais Sea EXTHAMAL di Thailand, sebelum meneruskan operasi rutin Ops NAGA, Ops DAMAI, Ops Pelantar Merah dan Ops TIRIS di sekitar perairan Tok Bali.
Beliau berkata vesel berkenaan dikesan di kedudukan kira-kira 85 batu nautika timur Muara Tok Bali dan pemeriksaan awal mendapati ia disyaki merupakan vesel nelayan asing Vietnam (VNAV) yang telah diubah suai atau “diklon’” menyerupai VNT.
“Vesel tersebut diarahkan berhenti untuk pemeriksaan namun tekongnya cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan pada 6.32 petang.
“Pemeriksaan mendapati vesel itu pada asalnya adalah VNAV yang disyaki telah diklonkan menjadi VNT sebagai teknik penyamaran bagi mengaburi mata penguat kuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Kamal berkata 14 suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu juga didapati tidak memiliki lesen serta dokumen pengenalan diri yang sah berdasarkan pemeriksaan dan pengakuan lisan mereka.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut turut menemukan lebih 500 kilogram hasil laut yang dipercayai ditangkap di perairan negara.
“Kesemua suspek bersama vesel terbabit dibawa ke pejabat APMM Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan Malaysia.
“APMM akan terus memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan Kelantan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran,” katanya.