Shogun Axelo tampil baru
Selain Belang R150, Suzuki turut menawarkan model Shogun Axelo berwajah baru dengan reka bentuk yang lebih terperinci. Diiktiraf sebagai motosikal underbone berkelas tinggi, Suzuki Shogun Axelo mengekalkan prestasi yang cemerlang dan penjimatan petrol.
Model berwajah baru kini boleh didapati dalam tiga tema warna yang menakjubkan – merah dan hitam, biru dan putih serta kelabu dan hitam. Ia juga dilengkapi dengan seni grafik baru yang bergaya untuk meningkatkan keseluruhan penggayaan luaran.
Diilhamkan dari motosikal sport Suzuki, kerangka badan Suzuki Shogun Axelo direka dengan impresi lancar mengalir dari perisai kaki depan sehingga bahagian lampu belakang, memberi imej sporty yang tersendiri dan dilengkapi dengan peredam bunyi bersalut besar untuk mendapatkan reka bentuk terhebat.
Setiap Suzuki Shogun Axelo dilengkapi dengan enjin berkuasa 125cc empat lejang.
Enjin dengan pertukaran gear yang lancar dapat menjimatkan penggunaan minyak di mana ia mencapai pancaran rendah dengan adanya Sistem Pulsed Secondary Air – Injection (Pair).
Ia juga dilengkapi dengan pengimbang aci tunggal utama untuk mengurangkan getaran enjin apabila diberhentikan untuk sementara waktu dan juga semasa ditunggang.
Untuk menawarkan tunggangan yang sempurna, stabil dan tangkas, sistem brek cakera berfungsi di kedua-dua roda.
Dengan adunan sempurna prestasi, penjimatan petrol dan reka bentuk, Shogun Axelo ingin membuktikan statusnya sebagai motosikal underbone berkelas tinggi yang sesuai untuk ditunggang berulang alik setiap hari.
Hadir dengan dua varian, Axelo auto dijual pada harga RM5,268 manakala versi manual dijual pada harga RM5,448.
Setiap pembelian Axelo dari 1 Julai hingga 30 November ini, pelanggan berhak untuk mendapatkan sebuah topi keledar Suzuki.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd di talian 04-3977453.