BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suzuki Katana 2020 Berilhamkan Gundam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Pengeluar aksesori dan kustomasi motorsikal dari Amerika Syarikat, Icon Motorsports telah berpeluang memodifikasi sebuah model motorsikal terbaru dari Suzuki iaitu Suzuki Katana 2020 dengan berinspirasikan kepada rekaan robot Gundam.

1587359466365.png


Bagi memodifikasi motor tersebut, Icon Motorsports hanya diberikan masa selama 30 hari oleh pihak Suzuki USA.

Ia merupakan cabaran besar kepada Icon Motorsports kerana kebiasannya mereka akan mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan bagi menyiapkankan sesebuah motorsikal kustom.

1587359467462.png


Keseluruhan warna pada motorsikal Suzuki Katana itu diwarna dengan berinspirasikan karektor utama robot Gundam terawal iaitu Gundam RX-78-2.

Selain itu, mereka turut menaik taraf beberapa peralatan utama motor tersebut seperti menaik taraf sistem suspensi, ekzos dan tayar motor.

1587359464390.png


Icon Motorsports juga menamakan Suzuki Katana ini dengan nama “Brand New Jack“.

Penghasilan Brand New Jack telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan perniagaan Icon Motorsports termasuklah Nitron, EBC Brakes, LeoVince, Central Auto Body dan Suzuki.

1587359593842.jpeg


Sumber: Ride Apart
 
Semua design kontot-kontot dah motor sekarang.
Patut kekalkan identiti retro macam Honda CB400/1100/1300, Kawa ZRX 1200, 900RS.
Baru lah ada banyak pilihan. Kat malaysia ni masih ramai lagi peminat motor retro.
 
Back
Top
Log in Register