BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suzuki Perkenal GSX-S1000GT - RM85,700

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Suzuki Malaysia Sdn Bhd melancarkan model sport tourer Suzuki GSX-S1000GT yang ditawarkan pada harga runcit yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans RM85,700. Model yang diperkenalkan September tahun lalu itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Triton Blue dan Metallic Reflective Blue.

Lebih menarik, harga yang ditawarkan itu menyaksikan pelanggan akan menerima beg barangan tepi secara terus. Suzuki GSX-S1000GT dipacu oleh enjin empat silinder 999 cc DOHC sama seperti GSX-S1000 dan mampu menghasilkan kuasa 152 PS pada 11,000 rpm dan tork 106 Nm pada 9,250 rpm. Ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan hadir dengan quickshifter secara standard.

Penghantaran kuasa ke roda belakang dilaksanakan melalui sistem rantai. Suspensi depan dan belakang pula boleh dilaras sepenuhnya secara manual. Berat motosikal ini adalah 226 kilogram, manakala ketinggian tempat duduk pula 810 milimeter.Model ini hadir dengan kapasiti tangki bahan api 19 liter.

Pada bahagian kokpit, GSX-S1000GT menyediakan skrin TFT-LCD 6.5 inci berwarna penuh dan ia boleh disambung kepada telefon pintar melalui Bluetooth untuk memberikan pelbagai fungsi yang memudahkan penunggang. Sistem elektronik lain yang ditawarkan menerusi model ini termasuk kawalan cengkaman, mod tunggangan, cruise control serta Cornering ABS.
​
1660733919746.png
 
Back
Top
Log in Register