Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 67,261
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 67,261
- Reaction score
- 7,403
- Points
- 916
- Awards
- 1
BYD kini memperkenalkan penawaran baharu mereka dinamakan sebagai “Lingyuan”, iaitu sebuah cagak yang dipasang di atas kereta BYD, membolehkan dron dilepaskan dari atas kenderaan untuk beberapa tujuan. BYD bekerjasama dengan pihak DJI untuk tujuan ini. Dengan mempunyai dron di atas kenderaan, ia membolehkan pengguna turut menggunakannya untuk tujuan ekplorasi, dan melihat perjalanan ke hadapan dengan lebih mudah – seperti melihat keadaan trafik jalan dan apa dihadapan ketika kesesakkan.
Teknologi pelepasan dron juga dilihat diintegrasikan bersama kawalan kenderaan, memudahkan untuk pemandu melepaskan dan mengembalikan dron ke atas kenderaan tersebut. Penawaran “Lingyuan” ini dilihat akan tersedia untuk semua model kenderaan BYD di pasaran. Dron berkenaan juga dikatakan boleh mengikuti kenderaan pada kelajuan sehingga 54km/j. Sekiranya bateri pada dron rendah, maka ia akan kembali ke kenderaan untuk mengecas. BYD menyasarkan dengan integrasi ini, ia akan menjadikan pemanduan akan lebih menarik berbanding kebiasaan. Buat masa ini, harga jualan cagak dan dron ini untuk pasaran global masih tidak diketahui lagi.