BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek Kes Kanak-kanak Maut Dikelar Di Sibu Direman Sehingga 4 Sept

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Suspek Kes Kanak-kanak Maut Dikelar Di Sibu Direman Sehingga 4 Sept​

231dd85e557769ba0ae6477af71f97a46a928425f3466

Kredit : PDRM

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai dikelar pada bahagian leher di sini semalam direman sehingga 4 Sept ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 49 tahun yang dipercayai bapa saudara mangsa dibawa ke Mahkamah Sibu pagi tadi dan permohonan reman terhadapnya diluluskan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu menerima laporan daripada orang awam kira-kira 1.45 tengah hari semalam berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar pada bahagian leher oleh bapa saudaranya.

Beliau berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Susulan maklumat diterima, polis menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu selain merampas beberapa barang kes di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register