BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek bunuh isteri diberkas.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Suspek kes bunuh isteri yang menghilangkan diri sejak Jumaat lalu dari kediamannya di Jalan PU5, Taman Puchong Utama dekat sini akhirnya diberkas dalam serbuan di sebuah premis di Persiaran Bekor, Buntong, Perak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dengan tertangkapnya suspek berusia 33 tahun kira-kira pukul 11.30 malam, kes pembunuhan itu dianggap selesai.

Akhbar kelmarin melaporkan seorang suri rumah berusia 25 tahun yang kerap didera dan dipukul suaminya, seorang penagih dadah ditemukan mati di kediamannya di Jalan PU5, Taman Puchong Utama.

Mayat mangsa ditemukan terbaring dengan mukanya dipenuhi kesan lebam di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik iparnya sementara suaminya menghilangkan diri. – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-bunuh-isteri-diberkas-1.21019
 
Back
Top
Log in Register