BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek Bunuh Wanita Warga Emas Dipercayai Di Bawah Pengaruh Alkohol - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
69973f48d13420ccac0492755a32f4d269f9cc81bbf40


Suspek kes bunuh wanita warga emas ditemukan dengan beberapa kesan tetakan di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, Ipoh, semalam, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata beberapa tin bir turut ditemukan semasa suspek lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan saya dimaklumkan walaupun suspek dan mangsa berjiran, mereka dipercayai tidak mengenali antara satu sama lain kerana tinggal di lorong berbeza.

“Suspek juga difahamkan pernah mendapatkan rawatan psikiatrik di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjong Rambutan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran ‘Module On The Current Trends of Commercial Crimes’ di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisam turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu pihak polis menyelesaikan kes berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah dilaporkan berkata  mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dengan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4.45 petang hingga 10 malam.

 
Back
Top
Log in Register