BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surah Al-Mulk

Wak Kampit

Fun Poster
Messages
447
Joined
Oct 15, 2009
Messages
447
Reaction score
59
Points
20
Assalamualaikum semua...
Pagi ni Wak ada terbaca dalam http://nursyirah.wordpress.com, berkenaan kelebihan membaca surah Al-Mulk. Sebagai renungan untuk sahabat sekelian dan semoga Allah membalas dengan kebaikan kepada penulis blog kerana menyampai ilmu yg berguna ini.

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Mulk hendaklah dibaca dengan banyaknya. Dengan menjadikan amalan membacanya secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam Surah tersebut, iaitu:



1. Tiga puluh ayat Surah Mulk akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan. Dalam riwayat lain: ia mencari keampunan bagi pembacanya hingga ia diampunkan.



2. Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).



3. Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata “kamu tidk dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala. Pendekata, setiap sendi berkata “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

.... :) Jom..kita pakat2 amalkan.
 
syabas diatas penerangan tsbt..mudah2an sbagai umat Rasuallah SAW
kita mesti yakin diatas kesahihan hadis2 yang dinyatakan.
 
Mmg banyak info boleh dapat kalau cari kat internet ni..sudah banyak blog2 yg menyampaikan ilmu2 agama ni... so... kalau biasa nya ada program 'click and get paid..' .. apa salahnya kalau ada dlm CG ni apa2 thread yg utarakan berkaitan Islam... kita just click dan baca sikit jer.... . Tidak bermakna org yg memulakan thread agama adalah lebih baik berbanding dari yg membaca... cuma sekadar perkongsian ilmu.... semoga Allah merahmati dan memberkati mereka yang sentiasa memcari peluang untuk memperbaiki dirinya. Amin....
 
baca selepas asar setiap hari surah al mulk memurahkan
rezeki kita dengan izin Allah...
 
baca selepas asar setiap hari surah al mulk memurahkan
rezeki kita dengan izin Allah...

Sebaik2nya bacalah 30 ayat Al Mulk dalam setiap solat
waktu jika berkemampuan..dan bacalah dalam solat sunat
tahayutul masjid pada pagi Jumaat..Insyallah semoga hati
kita dibuka dengan keRahmatan ALLAH..Amin.
 
kalau boleh amalkan baca setiap malam hari...
dengan izin Allah menjadi syafaat kemudian hari...
selamat beramal dan istiqamah....hendaknya
 
Back
Top
Log in Register