Sunyi? Anak dan isteri boleh disewa!

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
844
Reaction score
148
Points
23
Sunyi? Anak dan isteri boleh disewa!

SUSUNAN MARZITA ABDULLAH
14 Julai 2019 12:00 PM


KAZUSHIGE NISHIDA (kiri) menjamu selera bersama-sama isteri dan anak perempuan yang disewa. – AGENSI


Perkhidmatan menyewa manusia untuk menangis pada majlis pengebumian adalah perkara biasa di kebanyakan negara di Asia malah menyewa manusia untuk berlakon sebagai kekasih atau kawan juga bukanlah perkara baharu terutama di Jepun.

Namun menyewa manusia untuk berpura-pura menjadi ahli keluarga kini menjadi suatu trend dan industri yang semakin berkembang di Jepun terutama dalam kalangan warga tua bagi mengisi kesepian mereka yang kematian pasangan atau tinggal bersendirian setelah anak masing-masing mencari haluan sendiri.

Kazushige Nishida yang berusia awal 60-an telah menggunakan perkhidmatan menyewa isteri dan anak perempuan sebanyak sembilan kali selama dua tahun malah dia seboleh-bolehnya mahu menggunakan perkhidmatan itu sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan.

“Sebelum ini saya tinggal bersama-sama isteri dan dua anak perempuan. Isteri saya jatuh sakit dan meninggal dunia manakala kedua-dua anak saya mahu berdikari. Setiap kali saya pulang ke rumah saya berasa sangat sunyi,’’ katanya.

Dia menggunakan khidmat tersebut setelah terlihat iklan perkhidmatan menyewa keluarga yang digunakan oleh seorang wanita warga emas di televisyen yang ditawarkan syarikat Family Romance.

Harga untuk menyewa seorang isteri bukanlah murah, dengan bayaran AS$200 (RM828) untuk seorang maka menyewa isteri dan anak pada waktu yang sama pasti memerlukan seseorang itu mempunyai kewangan yang kukuh.

Walaubagaimanapun bagi Nishida menggunakan perkhidmatan tersebut bermakna dia berupaya untuk mengatasi kesunyian dan penyesalan yang ditanggung.

“Ketika isteri sakit teruk selama 10 tahun saya menjaganya namun ada ketika saya mengeluarkan kata-kata yang melukakan dia. Saya tidak sempat memohon maaf ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Rasa kesal masih terbuku dalam hati saya.’’

“Walaupun apa yang saya lakukan sekarang tidak mampu menghilangkan perasaan itu namun apabila mereka (keluarga yang disewa) mengunjungi saya, perasaan sedih untuk isteri dapat saya tunjukkan dan saya cuba untuk menunjukkan kebaikan saya kepada mereka,’’ jelasnya dalam program yang disiarkan South China Morning Post.

Isteri dan anak perempuan yang disewa Nishida akan tiba di rumahnya dan `berlakon’ seperti telah lama mengenali satu sama lain malah mereka akan memasak dan makan bersama-sama selain berbual-bual tanpa rasa canggung.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Family Romance, Yuichi Ishii, 38, berkata, perniagaan tersebut dimulakan sejak 2010 namun dia mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan itu ketika berusia 24 tahun selepas seorang rakannya yang merupakan ibu tunggal mengalami masalah untuk menempatkan anaknya berusia empat tahun dalam tadika.

“Kebiasaannya tadika swasta di Jepun mengenakan bayaran yang sangat mahal dan kerana status rakan saya ibu tunggal mereka menolak permohonannya namun saya menawarkan diri kepada rakan saya untuk berlakon sebagai suaminya. Kami berjaya mempamerkan sebuah keluarga yang bahagia,’’ katanya.

Kini syarikat itu menerima kira-kira 250 permohonan perkhidmatan itu setiap bulan malah boleh berbangga dengan maklumbalas pelanggan yang hampir 98 peratus berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi malah beliau sendiri mempunyai 25 `keluarga’ dan seramai 36 `anak’ hasil `lakonan’ sebagai bapa dan suami kepada pelanggan.

Syarikat Family Romance bukanlah satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan menyewa manusia malah sejak kebelakangan ini pelbagai syarikat turut menyertai industri ini dengan menawarkan penyewaan keluarga, rakan, tetamu majlis pengebumian sehinggalah teman makan malam dengan syarat-syarat tertentu termasuklah larangan melakukan hubungan intim.

Salah sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, New Start pula memberi tumpuan terhadap golongan `hikikomori’ iaitu golongan lelaki yang menutup pintu terhadap masyarakat sekeliling dengan menawarkan penyewaan seorang kakak.

Sebuah lagi syarikat, Ossan Rental yang dikendali Takanobu Nishimoto yang menyewa 78 lelaki dalam usia pertengahan untuk berlakon sebagai lelaki tua yang `arif dan bijaksana’ kepada golongan muda selepas peranan lelaki tua dalam keluarga semakin hilang akibat perubahan nilai budaya.

Nishimoto menerima kira-kira 10,000 permohonan setiap tahun untuk menyewa `Ossan’ atau `Ojisan’ yang membawa maksud `Pakcik’ dan 80 peratus daripada pelanggannya adalah wanita.

Terdapat juga perkhidmatan menyewa manusia untuk mewakili pelanggan menerima kata-kata cacian, memohon maaf atau untuk berada dalam situasi yang kurang menyenangkan.

Perkhidmatan menyewa manusia di Jepun sebenarnya bermula pada awal 1990-an dipelopori oleh syarikat Nihon Kokase Honbu yang pada awalnya mengendali latihan kakitangan korporat.

Namun selepas mendengar pelbagai rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan hubungan masing-masing, syarikat tersebut menawarkan `pelakon’ profesional untuk `mendengar dan bersimpati’ terhadap pelanggan tersebut.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/utama/sunyi-anak-dan-isteri-boleh-disewa-1.936211
 
Sponsored Post

Mitokondrion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Nov 25, 2008
Messages
11,797
Reaction score
288
Points
131
Makin lama makin rosak jepun ni
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,384
Reaction score
1,096
Points
206
Wow terbukti kasih sayang boleh dijual beli walaupun palsu dan sementara
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
Rasanya x termasuk...cuma utk melayan perasaan kesunyian penyewa...x tahu klu ada yg bt...Kat Jepun pelacuran diharamkan ikut undang-undang
Takut ayaq naik kapla lar

Baik pi beli teddy bear

Kalau geram ayaq naik kapla

Teddy bear leh
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,877
Reaction score
2,772
Points
201
Tue la sewa mahal

Baik beli teddy bear murah dan leh buat pa pun:eek::eek::eek::)):)):))
x habis2 dengan teddy bear...

ibu tunggal kat luar sana tu ramai lagi....x perlu lah teddy bear...:):)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register