combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,183
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,183
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sunway University Perkenal Tiga Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Sunway Prof Datuk Dr Elizabeth Lee menyempurnakan pelancaran Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Sunway Universiti hari ini.
Sekolah Pendidikan, Sunway University memperkenalkan tiga program baharu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, sekali gus menggariskan kepentingan memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan profesional pendidik.
Tiga program berkenaan ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Keperluan Khas (Kepujian), Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Konvensional) dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh, ODL).
Program berkenaan mencerminkan keperluan bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sentiasa berkembang, selain menyediakan peluang kepada bakal pendidik dan pengamal bidang itu untuk memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyokong, inklusif dan bermakna bagi setiap kanak-kanak.
Program pendidikan awal kanak-kanak Sekolah Pendidikan, Sunway University itu dilancarkan secara rasmi di sini hari ini dalam majlis yang dihadiri Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Sunway Prof Datuk Dr Elizabeth Lee.
Dalam ucapan alu-aluannya, Lee berkata pelancaran program baharu pendidikan awal kanak-kanak itu merupakan pencapaian penting yang mencerminkan komitmen universiti berkenaan dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif, saksama dan mampan melalui pendidikan.
"Di Sunway University, kami percaya pendidikan merupakan antara kuasa terbesar dalam meningkatkan mobiliti sosial dan keadilan sosial.
"Dengan memperkukuh kualiti pendidikan awal kanak-kanak serta memajukan amalan pedagogi inklusif, kami membantu memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir, khususnya mereka yang paling memerlukan sokongan kami," katanya.
Lee berkata program diploma berkenaan menggabungkan asas perkembangan kanak-kanak dengan pembelajaran praktikal, termasuk pengalaman praktikum berpandu di taska dan tadika.
Beliau berkata pilihan ODL melalui kaedah pembelajaran terbuka dan jarak jauh menawarkan alternatif pengajian kepada mereka yang perlu mengimbangi pendidikan dengan tanggungjawab lain.