BTC USD 81,660.9 Gold USD 4,133.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Sunnah Rasulullah yang Haram dibuat **

yg merah tu saya penah baca tapi bukan plk itu ayatnye...

ayat yang sebetulnya macam mana tuan harap dapat kongsi lah.
ada banyak juga saya memerhatikan setiap hujah2 tuan sebelum ni :)

saya tahu tuan juga lebih arif tentang bab2 yang sebegini.
 
kebanyakkan telah difikirkan oleh majlis fatwa dan para mufti. ada kemuskilan usul kan kepada mereka kerana mereka lebih arif ..

betul.

saya hanya bercakap mengenai apa yang telah digariskan kepada secara umum. tentang perincinannya boleh diperhalusi dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif. W/A
 
yang tentang diriba tu saya tersilap taip maaf.

dah buat pembetulan (bukan Rasulullah diriba tetapi meriba)

6. Rasulullah meriba kepala wanita bukan muhrim

Antara kisah Rasulullah menemui Tsa'labah.

Ketika Tsa'labah ditemui, Umar berkata, "Wahai Tsa'labah, marilah bertemu Rasulullah. Baginda mahu bertemu denganmu."

Tsa'labah dengan ketakutan berkata, "Mengapa Rasulullah mahu bertemu denganku? Sudahkan turun ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kemaksiatanku? Jibril sudah beritahu Rasulullah apa yang aku lakukan? Aku tidak mahu masuk neraka! Aku takut!"

Tsa'labah terus berkata-kata dalam ketakutan seperti orang gila. Oleh kerana sudah beberapa hari tidak makan, melainkan beberapa teguk susu kambing yang diberikan oleh pengembala kambing di kaki bukit tersebut, badannya menjadi sangat lemah. Lalu Umar memapah Tsa'labah ke pulang ke rumah.

Setelah mengetahui Tsa'labah telah dijumpai dan berada di rumah, Rasulullah datang menziarahinya. Rasulullah lalu meriba kepala Tsa'labah, namun Tsa'labah mengalihkan kepalanya. "Wahai Tsa'labah, mengapa engkau mengalihkan kepalamu?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di atas ribamu yang mulia itu."

Tsa'labah ni nama penuh dia Tsa'labah bin Abdul Rahman.
Boleh rujuk sini http://mazaaida.blogspot.com/2011/05/thalabah-bin-abdul-rahman.html
 
Last edited:
Tak pernah dgr plak pasal air kencing ngan darah tu.
Sumber sahih ke ni?

aku penah dgr ustaz cerita ttg hadis pasal sahabat minum darah dan air kencing nabi.
 
giler berdebat nih ... kalo x tahu rasanya boleh tanya alim ulama ... adau rujuk mana2 blog untuk lebih pemahaman ... nanti kalau salah jawab susah plak nanti ...
 
Antara senarai sunnah2 Rasulullah yang Haram untuk kita buat :

1. Puasa Wishal

2. Nikah lebih dari 4 perempuan untuk satu masa

3. Nikah dengan kanak2 berusia 6 tahun

4. Pemimpin 3 dalam 1 (Eksekutif, Legislatif, Judikatif) - Sekarang 3 fungsi ini telah dipisahkan

5. Hanya air kencing dan darah Rasulullah sahaja boleh diminum

Kalau ada lagi sila2 senaraikan.

Semoga Rasulullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan kita sepanjang zaman insyaAllah ..

ada pembetulan, darah bekam nabi diminum oleh sahabat. tentang air kencing itu tak pasti.
 
Pernah terbaca artikel pasal minum air kencing nabi. dan ustaz yg menjawab masa tue menyatakan hadith yg diriwayatkan adalah daif dan tidak layak dibawa berhujah.

Saya akan mencari semula hadith tersebut, so kita akan tengok siapa perawi asal hadith nie. W/A
 
Banyak benda yang tak pasti. Aku harap lain kali TT tanya dulu ustaz2 sebelum menyebarkan apa2 ilmu yang meragukan.

Bayangkan kalau ada seseorang yang baca ni, terus dia forward kisah2 ni. Lepas tu yang lain baca, terus sebarkan juga. Dah berantai pulak penyebaran benda yang meragukan.

2, 3 hari lepas tu TT edit kisah awal tadi, sedangkan kisah yang meragukan dari awal tadi telah tersebar dgn meluasnya...

Ntahlah. Masing2 berlumba2 nak menyampaikan sesuatu, sehingga tak kira betul ke tak apa yang nak disebarkan.
 
Back
Top
Log in Register