BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Sunnah Rasulullah yang Haram dibuat **

bro blaja lagi dalam.. sunnah tu semua yang nabi buat bro.. macam pecakapan,perbuatan dan pengakuan nabi..:)cgrock Benda biase boleh jadi wajib kalau kita xtau..

yup betullah tu :)cgrock
 
thanks TT atas perkongsian...byk sangat kisah hidup Baginda SAW yg saya tak tau...mohon teruskan perkongsian...
 
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata bahwa Rasulullah saw. menemui Ummu Haram binti Milhan. Lantas dia menjamu makan Rasulullah saw.. Ketika itu, Ummu Haram merupakan istri Ubadah bin Shamit. Rasulullah saw. berkunjung ke rumah wanita tersebut. Lantas wanita tersebut menjamu makan Rasulullah saw dan menyisir rambut baginda. (HR Bukhari dan Muslim)

Ummu Haram binti Milhan adalah ibu saudara sesusu Nabi yg mempunyai pertalian darah dgn baginda (melalui susuan badan) yg haram dinikahi. Ummu Haram bukan wanita ajnabi... wallahu a'lam....
 
Apa definisi sunnah sebenarnya?? Mungkin artikel kat bawah ni boleh membantu...

SUNNAH MENGIKUT BAHASA IALAH:JALAN YANG DILALUI SAMA ADA TERPUJI ATAU TIDAK;JUGA SUATU ADAT YANG TELAH DIBIASAKAN WALAUPUN TIDAK BAIK.NABI SAW BERSABDA:

"sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah(perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dhab(serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga."
(HADITH RIWAYAT MUSLIM)

"barangsiapa menjalani suatu sunnah(perjalanan) yang baik,maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari kiamat,dan barangsiapa mengadaka suatu sunnah(perjalanan) yang jahat(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari kiamat."
(HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

JELASLAH BAHAWA MENURUT HADITH TERSEBUT ,PERKATAAN SUNNAH ITU DIERTIKAN DENGAN PERJALANAN,SAMA ADA BAIK ATAU PUN JAHAT SEBAGAIMANA YANG DIMAKSUDKAN OLEH BAHASA.

SUNNAH MENGIKUT ISTILAH AL HADITH IALAH:SEGALA YANG DIPINDAHKAN DARI NABI SAW BAIK YANG MERUPAKAN PERKATAAN,PERBUATAN MAHUPUN YANG MERUPAKAN TAQRIR,SEBELUM NABI DIBANGKITKAN MENJADI RASUL MAHUPUN SESUDAHNYA.KEBANYAKKAN AHLI HADITH MENETAPKAN BAHAWA PENGERTIAAN YANG DEMIKIAN SAMA DENGAN PENGERTIAN HADITH.

SUNNAH MENURUT PENGERTIAN DAN ISTILAH AHLI USUL IALAH:SEGALA YANG DIPINDAHKAN DARI NABI SAW SAMA ADA PERKATAANNYA DAN PERBUATANNYA,MAHUPUN TAQRIRNYA YANG BERSANGKUTAN DENGAN HUKUM.INILAH PENGERTIAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDANYA INI:

"sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya:iaitu kitab allah dan sunnah rasul-nya."
(HADITH RIWAYAT MALIK)

1.CONTOH SUNNAH(HADITH) PERKATAAN IALAH:RIWAYAT BUKHARI,MUSLIM DAN SEKELIAN ULAMA HADITH."segala amal itu dengan niat."

2.CONTOH SUNNAH(HADITH) PERBUATAN IALAH :RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM."bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

3.CONTOH SUNNAH(TAQRIR) IALAH;
a)nabi membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya.
b)menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

CONTOH YANG PERTAMA IALAH SEBAGAIMANA NABI MEMBENARKAN IJTIHAD PARA SAHABAT MENGENAI URUSAN SEMBAHYANG ASAR DI BANI QURAIZAH DENGAN SABDANYA :

"janganlah bersembahyang seorang kamu melainkan di bani quraizah."-RIWAYAT BUKHARI.

SEBAHAGIAN SAHABAT MEMAHAMKAN PERKATAAN ITU MENURUT HAKIKAT LARANGANNYA LALU MENTAKHIRKAN SEMBAHYANG ASAR ITU SAMPAI SELEPAS MAGHRIB.DAN ADA SEBAHAGIAN YANG LAIN TIDAK MEMAHAMKAN DEMIKIAN.MEREKA MEMAHAMKAN BAHAWA YANG DIMAKSUDKAN NABI BERCEPAT-CEPAT PERGI KE BANI QURAIZAH,KERANA ITU MEREKA MENGERJAKAN SEMBAHYANG ASAR PADA WAKTUNYA SEBELUM TIBA KE BANI QURAIZAH.

KEDUA-DUA PERBUATAN SAHABAT YANG BERLAINAN OLEH IJTIHAD* SAMPAI KEPADA NABI BERITANYA,DAN NABI TINGGAL BERDIAM DIRI TIDAK MEMBANTAH APA-APA.
(*ijtihad ialah menggunakan seluruh kesanggupan untuk mengeluarkan atau menetapkan hukum.)

CONTOH YANG KEDUA SEBAGAIMANA YANG DIRIWAYATKAN BAHAWA BAHAWA KHALID BIN WALID PERNAH MEMAKAN DHAB(SERUPA BIAWAK) KEMUDIAN DIKEMUKAKAN ORANG KEPADA NABI.NABI SENDIRI ENGGAN MEMAKANNYA,MAKA BERTANYA SEBAHAGIAN SAHABAT:

"adakah diharamkan makannya ya rasulullah?lalu ia bersabda tidak!cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku,kerana itu aku tidak gemar kepadanya."

SELANJUTNYA PERNAH JUGA DINAMAKAN SUNNAH ITU SUATU YANG DITUNJUKI OLEH DALIL SYARAK,BAIK BERDASARKAN DALIL QURAN ATAU PUN BERDASARKAN HADITH,MAHU PUN BERDASARKAN IJTIHAD PARA SAHABAT,SEPERTI MENGUMPULKAN MASHAF(QURAN) DAN MENYURUH MANUSIA MEMBACA MENURUT SUHUF UTHMAN DAN SEPERTI MEMBUKUKAN ILMU(MENYUSUN DAN MENGARANGNYA).

LAWAN BAGI SUNNAH IALAH BIDAAH.INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH HADITH:

"berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahku."

SEMENTARA ITU ULAMA FIQH BERPENDAPAT BAHAWA SUATU YANG DITERIMA DARI NABI DENGAN TIDAK DIFARDHUKAN DAN TIDAK DIWAJIBKAN DINAMAKAN SUNNNAH.IMBANGANNYA IALAH WAJIB,HARAM,MAKRUH DAN MUBAH.LAWANNYA IALAH BIDAAH.TALAK YANG DIJATUHKAN DALAM HAID MENURUT MEREKA DINAMAKAN TALAK BIDAAH.

IMAM SYAFIE MENGATAKAN BAHAWA SUNNAH ITU IALAH SESUATU YANG DIPAHALAI ORANG YANG MENGERJAKANNYA,TIDAK DISIKSAI ORANG YANG MENINGGALKANNYA*.
(*menurut ulama mazhab hanafi sunnah itu ialah sesuatu yang disunnahkan nabi atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya seperti azan dan berjamaah)
hidup adalah pencarian..
 
Last edited:

Al-Hafizh ad-Dimyati mengemukakan sanggahan yang lebih keras lagi terhadap orang yang mengatakan kemungkinan pertama, yaitu anggapan tentang adanya hubungan kemahraman antara Nabi saw. dengan Ummu Haram. Beliau berkata:

"Mengigau orang yang menganggap Ummu Haram sebagai salah seorang ibu saudara Nabi saw, baik ibu saudara susuan mahupun ibu saudara nasab. Sudah dimaklumi, orang-orang yang menyusukan beliau tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari wanita Anshar selain Ummu Abdil Muthalib, yaitu Salma binti Amr bin Zaid bin Lubaid bin Hirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin an-Najjar; dan Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir tersebut. Maka nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, kakek mereka yang sudah jauh ke atas. Dan hubungan ibu saudara (yang jauh) ini tidak menetapkan kemahraman, sebab ini adalah ibu saudara majazi, seperti perkataan Nabi saw. terhadap Sa'ad bin Abi Waqash, "Ini bapa saudaraku" karena Sa'ad dari Bani Zahrah, kerabat ibu beliau Aminah, sedangkan Sa'ad bukan saudara Aminah, baik nasab mahupun susuan."

Tq dengan perkongsian.

Apa pendapat tuan mengenai yang ini? W/A
 
terime kasih satu huraian yang baik dan padat
 
tq dengan perkongsian.. yang lain2 tu ada dalam post sebelum ni.. saya pun tak lah arif tapi sekadar berkongsi mana2 yang tahu ..

yang saya tersalah boleh lah sape2 tampil dengan pembetulannya ..
:)cgrock

yang tentang diriba tu saya tersilap taip maaf.

dah buat pembetulan (bukan Rasulullah diriba tetapi meriba)

6. Rasulullah meriba kepala wanita bukan muhrim

Antara kisah Rasulullah menemui Tsa'labah.

Ketika Tsa'labah ditemui, Umar berkata, "Wahai Tsa'labah, marilah bertemu Rasulullah. Baginda mahu bertemu denganmu."

Tsa'labah dengan ketakutan berkata, "Mengapa Rasulullah mahu bertemu denganku? Sudahkan turun ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kemaksiatanku? Jibril sudah beritahu Rasulullah apa yang aku lakukan? Aku tidak mahu masuk neraka! Aku takut!"

Tsa'labah terus berkata-kata dalam ketakutan seperti orang gila. Oleh kerana sudah beberapa hari tidak makan, melainkan beberapa teguk susu kambing yang diberikan oleh pengembala kambing di kaki bukit tersebut, badannya menjadi sangat lemah. Lalu Umar memapah Tsa'labah ke pulang ke rumah.

Setelah mengetahui Tsa'labah telah dijumpai dan berada di rumah, Rasulullah datang menziarahinya. Rasulullah lalu meriba kepala Tsa'labah, namun Tsa'labah mengalihkan kepalanya. "Wahai Tsa'labah, mengapa engkau mengalihkan kepalamu?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di atas ribamu yang mulia itu."

Tsa'labah adalah lelaki.... manakala Barkah binti Tsa’labah atau Ummu Aiman adalah ibu susuan nabi, mana2 satu pun tidak merujuk kpd wanita ajnabi... wallahu a'lam...
 
tq tuan.

nanti saya semak balik ya mungkin orang lain sebab dah lama sebenarnya tinggal bab sunnah haram ni. kene cari semula.

dah diedit di 1st post.

cuma harap tuan dapat menghuraikan yang ini semula thanks.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Hafizh ad-Dimyati mengemukakan sanggahan yang lebih keras lagi terhadap orang yang mengatakan kemungkinan pertama, yaitu anggapan tentang adanya hubungan kemahraman antara Nabi saw. dengan Ummu Haram. Beliau berkata:

"Mengigau orang yang menganggap Ummu Haram sebagai salah seorang ibu saudara Nabi saw, baik ibu saudara susuan mahupun ibu saudara nasab. Sudah dimaklumi, orang-orang yang menyusukan beliau tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari wanita Anshar selain Ummu Abdil Muthalib, yaitu Salma binti Amr bin Zaid bin Lubaid bin Hirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin an-Najjar; dan Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir tersebut. Maka nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, kakek mereka yang sudah jauh ke atas. Dan hubungan ibu saudara (yang jauh) ini tidak menetapkan kemahraman, sebab ini adalah ibu saudara majazi, seperti perkataan Nabi saw. terhadap Sa'ad bin Abi Waqash, "Ini bapa saudaraku" karena Sa'ad dari Bani Zahrah, kerabat ibu beliau Aminah, sedangkan Sa'ad bukan saudara Aminah, baik nasab mahupun susuan."

Tq dengan perkongsian.

Apa pendapat tuan mengenai yang ini? W/A
 
Tak pernah dgr plak pasal air kencing ngan darah tu.
Sumber sahih ke ni?
 
Back
Top
Log in Register