BTC USD 83,058.1 Gold USD 4,132.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Sunnah Rasulullah yang Haram dibuat **

maaf kalau ada yang kurang pasti dengan thread ini. saya tak minta sampaikan pada orang lain macam yang biasa kita lihat "sila sebarkan pada orang lain".. saya cuba berkongsi perkara yang masih ramai belum tahu.. saya juga minta penambahan dari members lain kalau2 ada sape yang tahu .. kerana beberapa perkara dan perbuatan di atas pernah berlaku dan sedang berlaku di depan mata saya.. dan tak mustahil di depan mata kita yang lain .. subject tentang ni dah lama disampaikan kepada saya.. ada lah beberapa part yang saya dah tak berapa nak ingat so saya pun dah edit yang mana2 tu.. tetapi yang saya tinggalkan tu benda mudah je nak faham..

kadang2 pelik dengan kita semua zaman sekarang.. benda yang mudah dan terang2 dianggap bukan2, pelik2, karut2, kalau begitu siasatlah semula dan kemukakan dalil masing2 barulah kita lebih nampak jelas betul atau tak.. saya hanya sampaikan berdasarkan apa yang pernah dipelajari oleh saya.. maaf kalau ada kesilapan hanya niat saya nak berkongsi dan kenapa kita perlu takut untuk mengetahui sesuatu ilmu yang belum kita tahu? biasa lah kita dalam menyampaikan tak lari dari satu dua kesilapan, kita bukan nabi.. tengok sahajalah imam2 dan ustaz2 yang beri ceramah dalam tv or video.. pun tak perfect kadang2 ada juga nas dan dalil yang kurang meyakinkan .. benda ni normal je sebenarnya.. sebab Rasulullah tahu perselisihan pendapat akan terjadi di kalangan umatNya.. dan Rasulullah memang suka dengan perselisihan pendapat di antara umat2 Nya.. kerana itu ijtihad nya tetap ada..

*banyak lagi benda yang tak betul tapi kita taknak peduli dan kadang2 tergolong sekali..

kalau rasa benda ni dah jauh menyimpang, admin boleh lah close thread ni..
 
Last edited:
Banyak benda yang tak pasti. Aku harap lain kali TT tanya dulu ustaz2 sebelum menyebarkan apa2 ilmu yang meragukan.

Bayangkan kalau ada seseorang yang baca ni, terus dia forward kisah2 ni. Lepas tu yang lain baca, terus sebarkan juga. Dah berantai pulak penyebaran benda yang meragukan.

2, 3 hari lepas tu TT edit kisah awal tadi, sedangkan kisah yang meragukan dari awal tadi telah tersebar dgn meluasnya...

Ntahlah. Masing2 berlumba2 nak menyampaikan sesuatu, sehingga tak kira betul ke tak apa yang nak disebarkan.

pada aku, pengetahuan seseorg adalah limited, sbb tu wujudnye perselisihan ijtihad di kalangan ulama bahkan antara imam mazhab. so TT, klu anda pasti betol...sebarkan & bincangkan
 
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata bahwa Rasulullah saw. menemui Ummu Haram binti Milhan. Lantas dia menjamu makan Rasulullah saw.. Ketika itu, Ummu Haram merupakan istri Ubadah bin Shamit. Rasulullah saw. berkunjung ke rumah wanita tersebut. Lantas wanita tersebut menjamu makan Rasulullah saw dan menyisir rambut baginda. (HR Bukhari dan Muslim)

hurmmm..:-?:-?:-?:-?:-?
 
no dua tu penah dgr..no 5 tu cam pelik je
 
Saya nampak ada kebaikkan apabila thread nie dikhususkan berbincang dari segi Ilmiah. Tapi takut jugak bila musuh2 Islam mengambil kesempatan dari point2 TT untuk melemahkan mereka yang cetek ilmu Agama ini. Kita kena ingat Nabi dan Rasul adalah maksum. Mereka dijaga oleh Allah SWT. Terdapat beribu-ribu hadith yg perlu kita belajar, kalau kita terus petik, tanpa mengambil hadith2 lain yang related, maka tidak adil kita mengatakan Nabi Muhammad SAW buat itu or ini.

terdapat satu hadith sahih berbunyi seperti ini:

Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Ia juga diriwayat kan oleh Imam al-Bukharai dan Muslim. So mungkin TT boleh lanjutkan lagi dalam forum ni, Dalil dan hadith yang contradict dengan apa yang TT buka dalam forum, supaya perbincangan kita diberkati Allah SWT. W/A
 
saya cuba berkongsi perkara yang masih ramai belum tahu...
Bagus berkongsi ilmu. Teruskan. Aku sokong.
Berkongsi perkara yang masih ramai belum tahu tu bagus. Masalah kat sini ilmu yang dikongsi tak sahih, memang patutlah ramai yang tak tahu
maaf kalau ada kesilapan hanya niat saya nak berkongsi dan kenapa kita perlu takut untuk mengetahui sesuatu ilmu yang belum kita tahu? biasa lah kita dalam menyampaikan tak lari dari satu dua kesilapan, kita bukan nabi.. tengok sahajalah imam2 dan ustaz2 yang beri ceramah dalam tv or video.. pun tak perfect kadang2 ada juga nas dan dalil yang kurang meyakinkan .. benda ni normal je sebenarnya.. sebab Rasulullah tahu perselisihan pendapat akan terjadi di kalangan umatNya.. dan Rasulullah memang suka dengan perselisihan pendapat di antara umat2 Nya.. kerana itu ijtihad nya tetap ada..

Boleh ke orang awam berijtihad, sedangkan ramai ulama2 disekeliling yang kita boleh bertanya?
 
Bagus berkongsi ilmu. Teruskan. Aku sokong.
Berkongsi perkara yang masih ramai belum tahu tu bagus. Masalah kat sini ilmu yang dikongsi tak sahih, memang patutlah ramai yang tak tahu


Boleh ke orang awam berijtihad, sedangkan ramai ulama2 disekeliling yang kita boleh bertanya?

Rasulullah s.a.w. telah mengutus Muadh bin Jabal ke Yaman sebagai utusan Baginda. Baginda telah bertanya kepada Muadh: “ Dengan setiap kau akan mengeluarkan hukum?” Muadh menjawab: Dengan apa yang terdapat dalam kitab Allah. “Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?” “Aku akan berhukum dengan perkara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.” “Jika tidak terdapat dalam hukum yang telah dikeluarkan?” “ Maka aku akan berijtihad menggunakan pandangan aku,”. “Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada utusan Rasulullah s.a.w.” ( HR Abu Daud ) .

Hadis di atas menjelaskan pertanyaan yang diajukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Muadh bin Jabal berkaitan proses hukum yang akan digunakan oleh Muadh ketika di Yaman. Muadh menjawab bahawa dia akan menggunakan al-Quran sebagai sumber rujukan pertama, al-Sunnah sebagai sumber rujukan yang kedua dan sekiranya tidak terdapat penyelesaian masalah dalam kedua nas itu, maka dia akan berijtihad dan Nabi s.a.w. membenarkan kaedah tersebut.

Dalil ini jelas menggambarkan bahawa ijtihad merupakan satu alat yang signifikan untuk dilaksanakan dalam sebarang keadaan apabila penyelesaian hukum tidak dapat dilakukan melalui nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Melalui hadis tersebut juga, dapat kita simpulkan bahawa pentingnya peranan ijtihad dalam menetapkan sesuatu hukum berdasarkan permasalahan semasa. Persoalan-persoalan baru pelbagai cabang akan terus muncul dalam kehidupan umat islam dan para mujtahid seharusnya tidak terlalu bergantung dengan hasil ijtihad yang diwarisi. Usaha-usaha pengkajian dan penyelidikan hukum adalah penting untuk dilaksanakan.

Pensyariatan ijtihad ini telah disokong dan dikuatkan lagi dengan kata-kata dari ulama tabi'in. Sebagai contoh, Imam Malik radiyahallahu anhu mengatakan bahawa,
إنما أنا بشر أصيب وأخطئ فأعرضوا قولي على الكتاب والسنة
Maksudnya: Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa yang kadangkala benar dan kadangkala salah. Oleh itu bentangkanlah pendapatku atas dasar al-Quran dan al-Sunnah.

Kata-kata daripada Imam Malik ini menunjukkan bahawa mereka juga telah berijtihad untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Amalan ijtihad ini pernah juga dilakukan oleh para Sahabat dan mereka telah mengikuti jejak langkah Sahabat untuk berijtihad supaya hukum-hukum Islam akan terus anjal mengikut keseusaian masa dan tempat, dan juga mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. W/A
 
Pensyariatan ijtihad ini telah disokong dan dikuatkan lagi dengan kata-kata dari ulama tabi'in. Sebagai contoh, Imam Malik radiyahallahu anhu mengatakan bahawa,
إنما أنا بشر أصيب وأخطئ فأعرضوا قولي على الكتاب والسنة
Maksudnya: Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa yang kadangkala benar dan kadangkala salah. Oleh itu bentangkanlah pendapatku atas dasar al-Quran dan al-Sunnah.

Kata-kata daripada Imam Malik ini menunjukkan bahawa mereka juga telah berijtihad untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Amalan ijtihad ini pernah juga dilakukan oleh para Sahabat dan mereka telah mengikuti jejak langkah Sahabat untuk berijtihad supaya hukum-hukum Islam akan terus anjal mengikut keseusaian masa dan tempat, dan juga mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. W/A

Adakah ilmu sdra setaraf dgn Imam Malik atau Muadh bin Jabal?
Kalau ya teruskan ilmu sdra.

Imam Malik, Muadh bin Jabal, imam Mazhab yang empat dan juga para sahabat bukanlah orang awam. Mereka dijadikan sumber rujukan.

Maksudnya: Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa yang kadangkala benar dan kadangkala salah.

Apa motif sdra membirukan perkataan di atas.
Kalaulah ada kesalahan dari Imam Malik, kesalahan tu amat sedikit. Kalaulah ada.
Berbanding dengan orang awam. Jika orang awam berijtihad, kesalahannya lagi banyak daripada yang betul. Ntah2 semuanya salah

Berbalik pada soalan aku. Boleh ke orang awam berijtihad, sedangkan ramai ulama2 disekeliling yang kita boleh bertanya?
 
Back
Top
Log in Register