BTC USD 80,891.3 Gold USD 4,123.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Sunnah Rasulullah yang Haram dibuat **

boleh kasi penyesahan sikit tak TT?
ni 1st time aku dengar...

(kita habiskan satu2 item ni..
nanti dah clear yg ni, kita bincang item lain plk.. :D )

Berkaitan dengan khilaf sirah di dalam menentukan sesuatu tarikh atau masa sememangnya wujud pada kebanyakkan perkara. Khilaf ini tidak terlepas juga dikaitkan dengan umur perkahwinan Saidatina Aisyah R.A. Seperti yang telah saya nyatakan di atas, para ulama berdalilkan: Bahawa Nabi S.A.W telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun. (Riwayat Bukhari)
 
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi!
Jika nak beribadah, mesti berilmu. Kalau tidak ibadah ikutxan sahaja yg siax dan mendapat dosa macam bacaan fatehah, nampak senang dan harix kita dengar dan buat tapi kalu tak berilmu, sekadar ikutx aje, siax je sembahyang kita, wua​
 
Malik bin Sinan (ayah Abu Said Al-Khudri) dalam Perang Uhud telah menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang keluar dari luka di pipi beliau. (Ibn Qayyim, Zadul Ma`ad, 3/94; Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219; Qadhi Iyadh, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

Al-Mubarakfuri menulis bahwa :

"Malik bin Sinan ayah Abu Said Al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sampai menelannya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, "Ludahkanlah itu!" Malik bin Sinan menjawab,"Demi Allah, aku tidak akan meludahkannya." Kemudian dia berbalik dan berperang. Berkatalah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ,"Barangsiapa ingin melihat seseorang dari penduduk surga, hendaklah ia melihat orang ini," Malik bin Sinan kemudian mati syahid." (Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219)

Bagaimana hukum menelan darah Rasulullah? Menelan darah Rasulullah hukumnya boleh (mubah), kerana darah Rasulullah adalah suci, bukan najis sebagaimana darah manusia umumnya. (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Shalah, 1/74). Hal ini termasuk dalam khususiyat yang hanya dimiliki Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , tidak dimiliki oleh manusia lainnya.

Imam Qadhi Iyad dalam kitabnya Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39 telah membuat satu pasal berjudul : "Fasal Mengenai Kebersihan Tubuhnya, Kewangian Bau Badannya, dan Kebersihannya dari Kotoran-Kotoran dan Cacat- Cacat Tubuh." Dalam fasal itu Imam Qadhi Iyad menyatakan salah satu khususiyat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sebagai berikut :

"Adapun kebersihan tubuhnya, kewangian bau badannya dan keringatnya dan kebersihannya dari kotoran-kotoran dan cacat-cacat tubuh, maka Allah telah mengkhususkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam hal-hal tersebut dengan khususiyat- khususiyat yang tidak dijumpai pada selain beliau." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39).

Dalam fasal inilah, Imam Qadhi Iyad menukilkan banyak riwayat-riwayat sebagai dalil bagi bab tersebut, di antaranya adalah riwayat bahwa Malik bin Sinan yang menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Qadhi Iyad berkata :

"Di antaranya riwayat mengenai ini adalah tindakan Malik bin Sinan meminum dan menyedut darah Rasul صلى الله عليه وآله وسلم saat Perang Uhud, dan adanya izin Nabi صلى الله عليه وآله وسلم baginya melakukan itu, dan sabda beliau : "Dia tidak akan terkena api neraka." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

Riwayat lain yang dinukilkan Imam Qadhi Iyad adalah tindakan Abdullah bin Zubair yang meminum darah bekam Rasulullah dan tindakan ini tidak diingkari oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

pasal air kencing pulak?
 
pasal air kencing pulak?

Diriwayatkan pula bahwa ada seorang wanita telah meminum air kencing Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , maka Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda kepada wanita itu : "Kamu tidak akan pernah lagi mengeluhkan sakit perutmu selama-lamanya." .

Imam Qadhi Iyad menyatakan bahwa hadits wanita yang meminum air kencing Rasul صلى الله عليه وآله وسلم adalah hadits sahih, yang menurut Ad-Daruquthni hadits ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Nama wanita itu adalah Barakah .(Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

Dengan demikian, jelaslah bahwa menelan darah dan air kencing Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah mubah, karena darah dan air kencing Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak najis. Ini merupakan salah satu khususiyat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Teks asal dalam kitab Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa:

ومنه شرب مالك بن سنان دمه يوم أحد ومصه إياه وتسويغه صلى الله
عليه وسلم ذلك له وقوله له لن تصيبه النار، ومثله شرب عبد الله بن الزبير دم حجامته فقال عليه السلام ويل لك من الناس وويل لهم منك ولم ينكر عليه.
وقد روى نحو من هذا عنه في امرأة شربت بوله فقال لها لن تشتكى وجع بطنك أبدا، ولم يأمر واحدا منهم بغسل فم ولا نهاه عن عودة.
وحديث هذه المراة التى شربت بوله صحيح ألزم الدارقطني مسلما والبخاري إخراجه في الصحيح، واسم هذه المرأة بركة واختلف في نسبها وقيل هي أم أيمن وكانت تخدم النبي صلى الله عليه وسلم، قالت وكان لرسول الله صلى الله عليه وسلم قدح من عيدان يوضع تحت سريره يبول فيه من الليل فبال فيه ليلة ثم افتقده فلم يجد فيه شيئا فسأل بركة عنه فقالت قمت وأنا عطشانة فشربته وأنا لا أعلم

Yang dimaksudkan oleh Qadhi Iyad ialah hadith tersebut Sahih dan ad-Daraquthni berpendapat sepatutnya hadith ini dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka.

Kesimpulannya: hadith ini tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, tapi ia hanya dinyatakan sahih oleh al-Qadhi Iyad & ad-Daraquthni.
 
Berkaitan dengan khilaf sirah di dalam menentukan sesuatu tarikh atau masa sememangnya wujud pada kebanyakkan perkara. Khilaf ini tidak terlepas juga dikaitkan dengan umur perkahwinan Saidatina Aisyah R.A. Seperti yang telah saya nyatakan di atas, para ulama berdalilkan: Bahawa Nabi S.A.W telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun. (Riwayat Bukhari)

ah pening...
apa maksudnya menikah umur 6 tahun dan berumah tangga umur 9 tahun?
 
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi!
Jika nak beribadah, mesti berilmu. Kalau tidak ibadah ikutxan sahaja yg siax dan mendapat dosa macam bacaan fatehah, nampak senang dan harix kita dengar dan buat tapi kalu tak berilmu, sekadar ikutx aje, siax je sembahyang kita, wua​

hahaha..pening aku tadi..

ingat kan apa la siax ngn harix tu..
perkataan baru ka apa..

rupanya, sia sia (sia2) ngn hari hari (hari2).. hehe :D
 
ah pening...
apa maksudnya menikah umur 6 tahun dan berumah tangga umur 9 tahun?

Menikah pada usia 6 tahun dan mula tinggal bersama ketika Aisyah berusia 9 tahun W/A
 
Menikah pada usia 6 tahun dan mula tinggal bersama ketika Aisyah berusia 9 tahun W/A

betul ke ni? sebab x pernah dengar..
ni 1st time dengar..
(sori lah byk tanya..sebab x paham..
bertanya untuk belajar.. :D )
 
7. Meletakkan pelepah di atas kubur

Hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

“Suatu hari Nabi bersama beberapa orang sahabatnya berjalan melintasi dua kubur, lalu baginda berkata; “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang disiksa dan tidaklah mereka disiksa kerana perkara yang dianggap besar oleh manusia. Adapun salah seorang darinya disiksa kerana ia tidak menjaga dari kencingnya. Sementara seorang lagi kerana ia suka mengadu domba (yakni memperlaga-lagakan orang lain)”. Nabi meminta satu pelepah tamar, kemudian baginda membelahnya menjadi dua dan dipacakkan setiap satunya di atas dua kubur itu dan baginda bersabda; “Semoga akan diringankan azab dari kedua-duanya selama pelepah ini tidak kering”

(HR Imam al-Bukhari)

Ringkasan : Kiranya tamar itu berfungsi sebagai 'jam pasir'..

bukan kah tujuan rasulullah memacakkan pelepah tamar di sebab pelepah tamar yang masih basah akan berzikir, maka akan diringankan azab simati..

betulkan saya jika salah
 
Back
Top
Log in Register