BTC USD 80,986.0 Gold USD 4,112.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Sunnah Rasulullah yang Haram dibuat **

Al-Baghawi berkata dalam kitab Syarhus Sunnah (VI/263), "Puasa wishal adalah khusus bagi Nabi dan hanya dibolehkan bagi Rasulullah saw. Puasa Wishal adalah berpuasa dua hari dengan menyambungnya tanpa makan dan minum pada malam hari. Menurut mayoritas ulama puasa wishal ini dilarang atas ummat. Jika ia makan sesuatu pada malam hari meskipun sedikit, maka lepaslah ia dari larangan tersebut."

Asy-Syaukani berkata dalam Nailul Authaar, "Majoriti ulama berpendapat puasa Wishal hukumnya haram. Hadits-hadits dan bab ini merupakan dalil bagi pendapat Jumhur ulama. Mereka mengatakan, Sabda Nabi, 'Sebagai bentuk kasih sayang'
 
betul ke?
sori..aku kurang ilmu..so sebab tu aku bertanya..
untuk lebih jelas..

amik satu2 item ye..

mula2, bab kawin ngn org umur 6 tahun..
betul ke tu sunnah?

sunnah tu apa yang Rasulullah buat agar menjadi panduan buat kita kerana Rasulullah hanya tinggalkan AQ dan Sunnah. lazimnya kita hanya tahu sunnah yang sunat dan harus.

sunnah ada kategorinya juga

ada yang diantaranya harus, wajib, sunat, dan haram W/A

tentang nikah dengan umur 6 tahun tu, Rasulullah nikah dengan Aisyah sewaktu Aisyah berusia 6 tahun.
 
Last edited:
betul ker info ni
 
sunnah tu apa yang Rasulullah buat agar menjadi panduan buat kita kerana Rasulullah hanya tinggalkan AQ dan Sunnah. lazimnya kita hanya tahu sunnah yang sunat dan harus.

sunnah ada kategorinya juga

ada yang diantaranya harus, wajib, sunat, dan haram W/A

gitu ke?
ok takpe..

tapi tak menjawab soalan saya..
betul ke ada sunnah kawin ngn orang umur 6 tahun? :-?
 
aku berminat nak follow thread ni..subscribe dulu la.. :D
 
aku berminat nak follow thread ni..subscribe dulu la.. :D

tentang nikah dengan umur 6 tahun tu, Rasulullah nikah dengan Aisyah sewaktu Aisyah berusia 6 tahun W/A

ada ulama masih berselisih pendapat(khilaf) tentang usia Aisyah namun sebahagian besar mengatakan usia Aisyah pada ketika itu adalah 6 tahun W/A
 
Antara senarai sunnah2 Rasulullah yang Haram untuk kita buat :

1. Puasa Wishal

2. Nikah lebih dari 4 perempuan untuk satu masa

3. Nikah dengan kanak2 berusia 6 tahun

4. Pemimpin 3 dalam 1 (Eksekutif, Legislatif, Judikatif) - Sekarang 3 fungsi ini telah dipisahkan

5. Bolehnya sesetengah wanita bukan mahram menyisir rambut dan
meriba kepala Rasulullah


6. Hanya air kencing dan darah Rasulullah sahaja boleh diminum

Kalau ada lagi sila2 senaraikan.

Semoga Rasulullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan kita sepanjang zaman insyaAllah ..

maaf lah... aku kurang skit dalam ilmu agama.... yang no 6 tu betul ker?
 
7. Meletakkan pelepah di atas kubur

Hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

“Suatu hari Nabi bersama beberapa orang sahabatnya berjalan melintasi dua kubur, lalu baginda berkata; “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang disiksa dan tidaklah mereka disiksa kerana perkara yang dianggap besar oleh manusia. Adapun salah seorang darinya disiksa kerana ia tidak menjaga dari kencingnya. Sementara seorang lagi kerana ia suka mengadu domba (yakni memperlaga-lagakan orang lain)”. Nabi meminta satu pelepah tamar, kemudian baginda membelahnya menjadi dua dan dipacakkan setiap satunya di atas dua kubur itu dan baginda bersabda; “Semoga akan diringankan azab dari kedua-duanya selama pelepah ini tidak kering”

(HR Imam al-Bukhari)

Ringkasan : Kiranya tamar itu berfungsi sebagai 'jam pasir'..
 
tentang nikah dengan umur 6 tahun tu, Rasulullah nikah dengan Aisyah sewaktu Aisyah berusia 6 tahun W/A

ada ulama masih berselisih pendapat(khilaf) tentang usia Aisyah namun sebahagian besar mengatakan usia Aisyah pada ketika itu adalah 6 tahun W/A

boleh kasi penyesahan sikit tak TT?
ni 1st time aku dengar...

(kita habiskan satu2 item ni..
nanti dah clear yg ni, kita bincang item lain plk.. :D )
 
maaf lah... aku kurang skit dalam ilmu agama.... yang no 6 tu betul ker?

Malik bin Sinan (ayah Abu Said Al-Khudri) dalam Perang Uhud telah menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang keluar dari luka di pipi beliau. (Ibn Qayyim, Zadul Ma`ad, 3/94; Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219; Qadhi Iyadh, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

Al-Mubarakfuri menulis bahwa :

"Malik bin Sinan ayah Abu Said Al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sampai menelannya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, "Ludahkanlah itu!" Malik bin Sinan menjawab,"Demi Allah, aku tidak akan meludahkannya." Kemudian dia berbalik dan berperang. Berkatalah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ,"Barangsiapa ingin melihat seseorang dari penduduk surga, hendaklah ia melihat orang ini," Malik bin Sinan kemudian mati syahid." (Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219)

Bagaimana hukum menelan darah Rasulullah? Menelan darah Rasulullah hukumnya boleh (mubah), kerana darah Rasulullah adalah suci, bukan najis sebagaimana darah manusia umumnya. (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Shalah, 1/74). Hal ini termasuk dalam khususiyat yang hanya dimiliki Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , tidak dimiliki oleh manusia lainnya.

Imam Qadhi Iyad dalam kitabnya Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39 telah membuat satu pasal berjudul : "Fasal Mengenai Kebersihan Tubuhnya, Kewangian Bau Badannya, dan Kebersihannya dari Kotoran-Kotoran dan Cacat- Cacat Tubuh." Dalam fasal itu Imam Qadhi Iyad menyatakan salah satu khususiyat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sebagai berikut :

"Adapun kebersihan tubuhnya, kewangian bau badannya dan keringatnya dan kebersihannya dari kotoran-kotoran dan cacat-cacat tubuh, maka Allah telah mengkhususkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam hal-hal tersebut dengan khususiyat- khususiyat yang tidak dijumpai pada selain beliau." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39).

Dalam fasal inilah, Imam Qadhi Iyad menukilkan banyak riwayat-riwayat sebagai dalil bagi bab tersebut, di antaranya adalah riwayat bahwa Malik bin Sinan yang menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Qadhi Iyad berkata :

"Di antaranya riwayat mengenai ini adalah tindakan Malik bin Sinan meminum dan menyedut darah Rasul صلى الله عليه وآله وسلم saat Perang Uhud, dan adanya izin Nabi صلى الله عليه وآله وسلم baginya melakukan itu, dan sabda beliau : "Dia tidak akan terkena api neraka." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

Riwayat lain yang dinukilkan Imam Qadhi Iyad adalah tindakan Abdullah bin Zubair yang meminum darah bekam Rasulullah dan tindakan ini tidak diingkari oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .
 
Back
Top
Log in Register