BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumpahan Seumur Hidup Skinwalker di Black Hills, South Dakota, US

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1764153328989.png


Sumpahan Seumur Hidup Skinwalker di Black Hills, South Dakota, US



Tempat & Waktu Peristiwa:


  • Tempat: Black Hills National Forest, South Dakota, Amerika Syarikat (Kawasan yang sangat terpencil, bergunung-ganang, dan merupakan tanah suci suku kaum peribumi Indian American iaitu Lakota Sioux).
  • Waktu: Kisah ini tersebar dalam komuniti hikers dan camping sekitar tahun 2015-2018.


Kesan Tapak Kaki yang Besar


Jesse dan Mike adalah dua orang campers yang tegar dan suka cabaran. Satu hari, mereka telah memilih untuk berkhemah di kawasan trail yang paling terpencil di Black Hills. Kawasan itu dikenali sebagai 'The Silent Zone' yang merupakan tempat di mana tiada langsung isyarat/network telefon.

Pada malam pertama, selepas mereka menyalakan api unggun, Mike perasan ada kesan tapak kaki yang sangat besar dan aneh di tanah berlumpur berhampiran khemah mereka. Jejak kaki tu bukan macam Bigfoot, tetapi lebih kepada jejak kaki manusia yang terlampau besar dan mempunyai cakera atau cakar yang tajam.

Mike rasa tak sedap hati, tapi Jesse cuma gelakkan dia je pastu cakap, "Mungkin beruang yang besar kot."




Tiru Suara dan Panggilan


Pada pukul 2:00 pagi, Jesse dan Mike terjaga kerana terdengar bunyi aneh dari luar khemah mereka. Bunyi tu macam kucing menjerit, tapi diselangi dengan suara manusia sedang berbisik yang tak jelas.

Mike ambil pistol flare-nya sebagai pertahanan diri dan perlahan-lahan mengintai keluar. Tapi dia tak nampak apa-apa yang ganjil.

Tiba-tiba, kedengaran suara Jesse (padahal Jesse ada je di sebelah Mike) memanggil-manggil nama dia dari arah pokok yang besar dan gelap, kira-kira 50 meter dari tapak khemah diorang.


"Mike! Mike! Kau buat apa kat dalam tu? Meh la sini, aku nak tunjuk sesuatu kat kau ni!"


Mike terus menoleh pada Jesse yang sebenar yang tengah duduk kat sebelah dia - tengah terbeliak mata dan menggigil ketakutan.



"Tu bukan suara aku, Mike! Kau tak nampak ke aku kat sebelah kau ni?!" Kata Jesse.

Mike keliru. Dia guna lampu suluh dan suluh muka Jesse. Muka Jesse pucat lesi.

Kemudian, suara tu memanggil lagi. Kali ni sangat dekat dengan khemah. Suara tu meniru suara ibu Mike yang sudah meninggal dunia pulak:

"My boy, Michael... Please come out. I’m cold..."

Mike cuba nak keluar dari khemah, tetapi Jesse cepat-cepat tahan dia:

"MIKE! JANGAN! Itu bukan suara mak kau! Benda tu Skinwalker! Ia meniru suara untuk pisahkan kita!"

Mike mula mencurigai Jesse. "Macam mana kau tahu benda tu Skinwalker? Kau pernah baca pasal ni ke sebelum ni? Kau... kau ada buat benda pelik ke masa kat luar tadi, Jesse?"

Jesse tak dapat jawab. Mereka berdua duduk dalam ketakutan tapi kini tidak mempercayai antara satu sama lain. Mereka berdua kini terperangkap dan sedar ada sesuatu sedang memerhati khemah mereka dan kini datang mengelilingi khemah.



The Skinwalker


Mereka berdua duduk di dalam khemah membatukan diri tanpa bergerak seinci pun sehingga pagi.

Tepat pada waktu Subuh, ketika bunyi hutan mula hidup, Mike memberanikan diri untuk keluar dari khemah dengan perlahan dan penuh berhati-hati.


Dia nampak trak pick-up mereka yang diparkir di seberang trail tu kelihatan aneh. Di atas bumbung trak, ada benda sedang duduk mencangkung kat situ. Makhluk tu sangat kurus, hitam, dan rupanya seperti manusia, tetapi kepalanya berbentuk kepala serigala atau coyote yang sangat besar, dengan mata berwarna kuning yang bersinar.


Badannya ditutup dengan kulit binatang yang lusuh… Itulah Skinwalker (atau Wendigo), entiti yang dipercayai oleh suku kaum peribumi sebagai penyihir yang boleh bertukar menjadi binatang dan meniru suara manusia untuk memperdayakan mangsanya.


Makhluk tu menoleh perlahan-lahan ke arah Mike dan melompat turun dari trak dengan bunyi hentakan yang kuat, sebelum hilang ke dalam hutan tebal.


Jesse dan Mike terpaksa tinggalkan semua peralatan perkhemahan mereka dan memandu keluar dari Black Hills dengan pantas tanpa menoleh ke belakang, dan mereka tidak pernah lagi berkhemah di kawasan terpencil lepas tu.


...Sebenarnya, mereka berdua dah kena sumpahan - Skinwalker tu telah menyasar dan menanda mereka sejak mula kerana Mark dan Jesse telah melanggar pantang-larang, iaitu memasuki kawasan terlarang itu dan kerana Jesse pula telah membuang sisa makanan yang banyak (daging) di luar camp site. Tindakan ini dianggap menarik perhatian makhluk di kawasan Lakota Sioux yang suci itu.


Makhluk tu melepak atas bumbung trak kerana tidak mahu mereka pergi. Tindakan duduk mencangkung di atas trak tu adalah simbolik 'menandakan' hak miliknya dan nak bagitau:

"Kau dah jadi milik aku dan kau tak boleh lari dari sumpahan aku."


Skinwalker ni tidak boleh mengekori mangsa keluar dari kawasan suci Black Hills, tapi sumpahan (tanda) itu adalah untuk menghalang mangsa daripada kembali ke tempat tu dan hidup merana.




Kesan Jangka Panjang dek Sumpahan Skinwalker

Apa Jadi Kat Diorang Lepas Tu?


  • Kesan Psikologi: Walaupun mereka tidak terbunuh, tetapi jiwa mereka rosak. Mereka berdua terus dihantui oleh mimik suara yang mereka dengar di Black Hills. Mereka sering terdengar suara keluarga, kawan, atau suara mereka sendiri memanggil dari tempat yang kosong di dalam rumah.
  • Kesan Fizikal (Sumpahan Kekal): Suhu badan Mike dan Jesse sentiasa rendah. Mereka sentiasa berasa sejuk kerana aura Black Hills tu telah 'melekat' pada mereka. Mereka terpaksa tidur dengan electric blanket sepanjang musim panas.
  • Perpisahan: Mike dan Jesse akhirnya berpisah. Mereka tidak boleh lagi mempercayai sesiapa yang memanggil nama mereka, termasuk antara satu sama lain. Skinwalker itu dah berjaya memecahkan hubungan mereka, dan itulah kemenangan mutlak makhluk tu.


Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.


-lempeng-
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register