BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumpahan Kota Larangan Bhangarh (Rajasthan, India)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1767410891796.png



Sumpahan Kota Larangan Bhangarh (Rajasthan, India)




Lokasi: Fort Bangarh, Daerah Alwar, Rajasthan, India.


Kubu Bhangarh ni cantik, runtuhan istana lama yang luas. Tapi ada satu legenda. Dulu ada seorang ahli sihir jahat (Tantrik) nama Singhiya yang jatuh cinta kat Tuan Puteri Ratnavati.

Dia cuba pikat puteri guna minyak wangi yang dah disihir, tapi puteri dapat tahu. Puteri tu hempas botol minyak wangi tu kat batu besar, dan batu tu bergolek hempap Singhiya.

Sebelum mati, dia sumpah setiap nyawa kat sini akan terperangkap selamanya, takkan ada kelahiran baru, dan roh diorang takkan tenang. Bumbung akan runtuh setiap kali dibina.



Kisah 1


Rahul dan Vikram menyelinap masuk ke kawasan kubu ni lepas waktu senja. Diorang panjat tembok sebab pintu utama dah dikunci oleh Archaeological Survey of India (ASI).

Suasana dalam tu sunyi sepi. Tak ada burung, tak ada cengkerik. Cuma bunyi angin yang menerbangkan debu.

Vikram: "Rahul, jom la balik. Kau tak rasa ke angin kat sini bau... hanyir?"

Rahul: "Rileks la. Tu bau tahi kelawar je. Aku nak rekod video kat Balai Penghadapan Diraja tu."


Diorang jalan masuk ke kawasan istana utama yang bumbungnya dah runtuh (betul macam sumpahan tu, semua bangunan kat sini tak ada bumbung).

Masa Rahul tengah set up kamera, tiba-tiba dia dengar bunyi gelang kaki penari (Ghungroo).

‘Chingg... Ching... Chinggg...’

Bunyi tu datang dari arah bilik penari yang gelap di tingkat atas.

Dia suluh lampunya ke situ. Kosong.

Tapi Vikram dah menggigil. Dia nampak sesuatu yang Rahul tak nampak.

Di sebalik tiang batu, Vikram nampak bayang-bayang orang sedang menari. Tapi bayang-bayang tu... tak ada kaki dan terapung.

Tiba-tiba, bau minyak wangi bunga melur yang sangat kuat dan pekat menusuk lubang hidung diorang. Wangi yang meloyakan.

Rahul: "Siapa tu??"

Dari kegelapan koridor, terdengar suara lelaki ketawa... Ketawa yang garau, jahat, dan bergema macam datang dari dalam tanah.

"Ratnavati... Ratnavati..."

Serentak dengan tu, batu-batu kecil dari runtuhan dinding mula dibaling ke arah diorang macam ada orang baling dengan kuat. Seketul batu kena bahu Vikram. Dia menjerit kesakitan kerana rasa macam terkena besi panas.

Vikram: "Benda tu dah marah! Lari Rahul!"

Diorang berdua pecut lari ke arah tembok. Masa berlari tu, Rahul rasa kaki dia berat gila, macam ada tangan-tangan yang keluar dari tanah dan menarik kakinya. Dia sempat toleh ke belakang sekilas.

Di tengah-tengah dataran istana tu, ada satu susuk tubuh lelaki tua, rambut kusut masai, badan penuh abu mayat (aghori), sedang berdiri merenung diorang dengan mata merah menyala.

Masa diorang berjaya lompat keluar pagar, diorang terserempak dengan pak guard penjaga kubu. Guard tu tak marah, dia cuma cakap dengan muka serius:

"Kamu berdua bernasib baik dapat keluar sekarang. Orang yang kekal di dalam selepas tengah malam... selalunya takkan dijumpai, atau dapat jumpa tapi dah tak waras."

Esoknya, Rahul demam panas 3 hari. Dan kat bahu Vikram... ada kesan lebam bentuk tapak tangan lima jari yang berwarna hitam, seolah-olah dibakar.
 
Kisah 2


Arjun adalah seorang pengawal keselamatan senior yang dah 15 tahun jaga kawasan Kota Bangarh. Malam tu dia bertugas dengan Ravi, pekerja baru yang masih skeptikal dengan sejarah tempat tu.

Jam menunjukkan pukul 5:45 petang. Cahaya matahari mula bertukar warna oren pekat di celah-celah runtuhan kota batu yang dibina pada abad ke-17 tu. Burung-burung gagak mula bising, seolah-olah memberi amaran.



Arjun: "Ravi, cepat kunci pintu pagar utama tu. Kita kena keluar dari kawasan tembok ni sebelum matahari terbenam."

Ravi: "Alah abang, rilekslah. Ada masa lagi 15 minit kot. Saya nak habiskan hisap rokok sebatang ni dulu. Lagipun, apa sangatlah yang nak jadi? Papan tanda tu cuma nak takutkan pelancong supaya tak kena samun je, kan?"

Arjun: (Muka berubah serius, dia rampas rokok Ravi dan pijak sampai padam) "Kau ingat aku main-main? Kau budak bandar, kau cuma tahu baca sejarah dalam buku. Kau tak tahu kenapa Singhiya, ahli sihir tu, sumpah tempat ni sampai satu bumbung pun tak boleh kekal atas rumah kat sini."

Ravi: "Cerita dongenglah abang. Mana ada ahli sihir boleh buat satu kota mati?"

Arjun: "Singhiya tu gila bayang dengan Tuan Puteri Ratnavati. Dia cuba guna minyak pengasih, tapi kantoi. Puteri tu campak minyak tu kat batu besar, batu tu bergolek dan penyekkan ahli sihir tu sampai mati. Dia dendam dan sumpah tempat ni, kau faham tak?"



Tiba-tiba, suasana jadi sunyi sepi. Angin yang tadi bertiup terus berhenti. Dari arah runtuhan pasar lama (Johari Bazaar), terdengar bunyi sayup-sayup loceng kaki (ghungroo)...

Chink... chink... chink...’

Ravi: "Eh... ada pelancong tertinggal ke? Macam bunyi orang menari je."

Arjun: (Terus berjalan tak toleh kiri kanan, muka serius gila) "Jangan pusing belakang, Ravi. Jalan terus ke pintu pagar."

Suara Wanita: (Sangat lembut, berbisik tepat di belakang telinga Ravi) "Kyun ja rahe ho? Mere paas baitho..." (Kenapa dah nak pergi? Duduklah dengan saya...)

Ravi kaku. Bulu roma dia meremang tahap maksimum. Dia perasan bayang-bayang dia kat atas tanah mula memanjang secara tak logik, walaupun cahaya matahari dah hampir hilang. Bayang-bayang tu seolah-olah ditarik oleh sesuatu yang gelap di sebalik tiang batu.

Ravi: "Abang... bayang saya... dia tak ikut kaki saya!"

Arjun: (Cengkam lengan Ravi) "LARI! JANGAN TENGOK BAYANG TU!"



Diorang pecut ke arah pintu pagar utama. Ravi sempat tertoleh ke arah istana di puncak bukit. Dia nampak seorang lelaki tinggi lampai, berpakaian hitam lusuh zaman purba, tengah berdiri di atas tembok tanpa bumbung. Lelaki tu tak ada wajah, cuma kegelapan pekat, dan dia tengah memegang sebotol minyak wangi yang pecah.

1767411534881.png

Bila diorang sampai kat luar pintu pagar dan kunci mangga besar tu, Ravi terduduk. Dia tengok balik bayang-bayang dia. Bayang tu dah normal balik.

Arjun: "Kau bernasib baik dia cuma nak 'bersembang'. Kalau bayang kau terus masuk dalam runtuhan tu, esok pagi jasad kau pun akan jadi batu kat dalam tu. Itulah sebabnya tak ada rumah kat Bhangarh yang ada bumbung. Singhiya tak nak sesiapa pun berteduh dengan tenang dalam kerajaan yang dia musnahkan."




Trivia Sumpahan Rajasthan



1. The Tantrik Curse / Sumpahan Ahli Sihir
  • Kisah Singhia adalah folklore/lagenda kisah rakyat paling kuat kat sana. Aura "Dendam Tak Terbalas" membuatkan tempat ni keras.

  1. Papan Tanda Kerajaan
    • Bhangarh Fort adalah satu-satunya tapak arkeologi di India yang ada amaran undang-undang melarang kemasukan waktu malam. Papan tanda rasmi kerajaan India tu tertulis: "Entering the borders of Bhangarh before sunrise and after sunset is strictly prohibited."
    • Penduduk tempatan kata, sesiapa yang cuba bermalam kat dalam tu, sama ada dia takkan keluar terus, atau keluar dalam keadaan gila.

  1. Sumpahan Bumbung
    • Sampai ke hari ini, boleh dilihat banyak rumah lama di kawasan berdekatan sempadan kota tu yang tak ada bumbung simen atau bata. Diorang cuma guna atap jerami atau zink sementara. Penduduk kampung tu percaya, kalau buat bumbung kekal, bumbung tu akan runtuh sendiri sebab sumpahan Singhiya

4. Misteri Suara Pasar
Ramai pengunjung dan pelancong yang pernah curi-curi masuk pada waktu malam melaporkan mereka mendengar bunyi riuh-rendah macam pasar yang sibuk dengan orang ramai, bunyi muzik, dan bau wangi-wangian yang sangat kuat dari kawasan runtuhan pasar, walaupun tempat tu kosong dan terbiar.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register