BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang Seru Usahawan PKS Rebut Peluang Dapatkan Sijil Halal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
9aeddc66325621b88c4f36be3c4a78bc69b22c22a9948

Kredit: Fb Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya merebut peluang mendapatkan pensijilan halal bagi memperkukuh keyakinan pengguna serta memperluas pasaran perniagaan.

Baginda bertitah pensijilan halal bukanlah satu beban, sebaliknya langkah itu ialah pelaburan jangka panjang yang menjamin kualiti, integriti serta membuka peluang pasaran lebih luas pada peringkat nasional dan antarabangsa.

“Inisiatif mempercepat proses kelulusan pensijilan halal yang kini dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira 30 hari berbanding 90 hari sebelum ini merupakan langkah positif dalam memudahkan permohonan serta memperkasakan industri halal di negeri ini,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, semalam.

Menurut hantaran itu, baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut.

Sultan Pahang bertitah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sentiasa bersedia memberikan bimbingan kepada para peniaga yang ingin mendapatkan pensijilan halal.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah umat Islam perlu sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan bagi memastikan keberkatan serta kesejahteraan masyarakat.

Baginda menegaskan bahawa konsep halal bukan sekadar melibatkan makanan, malah telah menjadi satu ekosistem kehidupan yang merangkumi pelbagai sektor termasuk perniagaan, kewangan, perubatan, logistik serta gaya hidup manusia secara keseluruhannya.

“Halal bukan hanya soal logo atau cap pada sesuatu produk. Halal itu ialah soal amanah, integriti dan keberkatan hidup,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Pahang turut menyeru peniaga, pengilang, pengusaha restoran serta semua pihak dalam rantaian industri halal supaya memelihara amanah berkenaan dengan penuh tanggungjawab serta tidak mempermainkan sensitiviti umat Islam.

 
Back
Top
Log in Register