BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan Hari Pahlawan 2025 Negeri Perak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,776
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,776
Reaction score
289
Points
146
18d1564e6c04affd82e0a998c34a991a688ae04cde906

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Sambutan Hari Pahlawan 2025 Negeri Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda pada 9 pagi disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Panglima Armada Barat Laksamana Muda Datuk Pahlawan Abdul Halim Shaari, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia Briged Jeneral Mohamad Rosli Abu Bakar

Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin, yang terdiri daripada tiga pegawai kanan polis dan 102 pegawai rendah polis diketuai Supt Mohd Aster Mohamad dan dibantu DSP Ahmad Auzan Mohd Noor manakala pegawai pembawa panji-panji ialah Insp Mohd Nor Syahid Shaharum.

Barisan perhimpunan pula melibatkan 408 pegawai dan anggota pasukan keselamatan termasuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan pesara polis.

Setelah pemeriksaan kawalan kehormatan selesai, tiupan Paluan Akhir dimainkan dan Jalur Gemilang diturunkan.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Insp Adib Azimat Ibu Pejabat Kontinjen Perak, diikuti deklamasi sajak bertajuk "Darah Perwira Di Tanah Merdeka” yang dideklamasikan oleh Leftenan Hadzeri Julai dan Kpl Nurul Syuhada Azmi.

Sebaik selesai, tiupan Rouse dimainkan dan Jalur Gemilang dinaikkan semula diikuti lagu kebesaran negeri Perak.

Sultan Nazrin kemudian berkenan berangkat ke Majlis Santapan di Dewan Bankuet, sebelum berangkat pulang.

 
Back
Top
Log in Register