Sampah hanyut dibawa ombak tengkujuh, cemari Pantai Mersing

'Meat cartel': Who's behind Raihanah Cold Storage?
© Provided by Berita Harian Kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, di Mersing yang menjadi lokasi tumpuan pelancong kelihatan bersih selepas pihak dan agensi berkaitan mengambil tindakan proaktif dengan membersihkan kawasan berkenaan hari ini. Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat di Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehinggakan tempat-tempat awam di daerah tersebut dipenuhi dengan sampah sarap. - Foto BERNAMA
[email protected]
MERSING: Ombak kuat musim tengkujuh yang melanda perairan daerah ini, antara punca sampah hanyut terdampar di pesisir Pantai Bandar Mersing di sini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing (MDM), Norazmi Amir Hamzah, berkata isu itu bukan perkara baharu, malah dialami setiap tahun.
Katanya satu gerak kerja perlu dirangka bagi menangani isu sampah hanyut.
"Berikutan isu kebersihan yang berlaku ketika ini, kami menyanjung dan menyokong penuh teguran dan nasihat Sultan Johor dan berterima kasih di atas keprihatinan baginda tentang isu yang berlaku di daerah Mersing.
"Mersing terletak di kawasan pantai timur menghadap Laut China Selatan menyebabkan keadaan ombak yang kuat membawa lebih banyak sampah hanyut ke pesisiran pantai terutama ketika musim tengkujuh ketika ini.
"Walaupun kutipan sampah dilakukan setiap hari, namun akan ada sampah baharu terhasil dan adalah amat mustahil mengesan pelakunya.
"Selain itu, penggunaan secara meluas plastik menjadi penyumbang utama masalah pencemaran disebabkan kempen tidak mencapai objektif.
"Tidak dinafikan kurangnya penguatkuasaan dan pemantauan aspek kebersihan terutama di luar kawasan operasi MDM," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Norazmi berkata, masalah mentaliti, sikap pentingkan diri dan tidak peduli individu juga menyumbang peningkatan jumlah sampah yang dibuang.
Katanya, beberapa aktiviti pembersihan kerap dilaksanakan secara bulanan, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Trash Hero Mersing, Tengah Island Conservation dan beberapa NGO lain.
"Kami tidak menuding jari kepada sesiapa, namun adalah menjadi tanggungjawab kita semua memastikan kebersihan kawasan persekitaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd