BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Johor murka Mersing kotor

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
mersing-sampah-resize.jpg


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat-tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Sultan Ibrahim bertitah, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Baginda menegaskan sekiranya tabiat ini berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah.

“Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titah Baginda, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada 2018.

“Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor ekopelancongan dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar.

“Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini.

“Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah Baginda.

Baginda juga bertitah supaya pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin. – UTUSAN

 
apa nak heran...org Malaysia.....kalau tempat signboard ..DILARANG BUANG SAMPAH...biasanya bawah signboard tu lah penuh sampah org buang....hahaha
hok org larang.. hok tu laaa dibuatnyo... haha...
 
30HMmer_1609288746.jpg


KEADAAN pantai di Mersing yang kotor. FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Isu sampah di Mersing akan diatasi segera


Mersing: Jabatan kerajaan di daerah ini akan mengambil tindakan segera untuk membersihkan isu sampah bagi mengembalikan imej Mersing yang terkenal dengan sektor pelancongan.

Pegawai Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin, berkata pihaknya mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Johor yang murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah ini yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat awam dipenuhi sampah.

"Saya sudah mengarahkan setiap jabatan yang berkepentingan untuk bertindak segera bagi mengatasi isu sampah terbabit dan titah Sultan Johor ini juga membuktikan keprihatinan baginda terhadap daerah ini.

"Bagaimanapun, sikap dan kesedaran di kalangan semua pihak perlu ada untuk menjaga kebersihan di Mersing ini dengan tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya dan sikap tidak bertanggungjawab ini perlu dibuang sama sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sejak dilantik sebagai Pegawai Daerah Mersing yang baharu pada 22 November lalu, beliau sudah merencanakan pelbagai rancangan untuk memaksimumkan potensi daerah ini termasuk memperkenalkan slogan 'Mersing Kesayangan Kita' dan 'Amazing Mersing'.

Semalam, dalam muat naik di laman Facebook (FB) rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat awam dipenuhi sampah.

Baginda turut bertitah, Mersing adalah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah kaya dengan keindahan alam semula jadi.


 
apa yang heran kat malaysia ni

bebudak sekolah - buang sampah dari van sekolah
orang dewasa - buang sampah tepi jalan, dalam sungai
industri - buang bahan kimia

perbuatan yang sama..kesan je beza sikit. malapetaka yang sama.

takyah komplen kalau sungai tercemar, nak saman kilang yang buat pencemaran..

kalau diri sendiri pun buat benda sama
 
yOCUcWKz_o.jpg

e5d8ae6d0ba1d115ab9664c2a43577cb.jpg


Please enter a message with more than 10 characters. aaa
 
apa nak heran...org Malaysia.....kalau tempat signboard ..DILARANG BUANG SAMPAH...biasanya bawah signboard tu lah penuh sampah org buang....hahaha
Kat signboard tu ada ayat sambung.
Jangan buang sampah > tak faham bahasa ke? > bahasa apa? > bahasa emak kau > emak kau ijao > ....sambung
 
tu kan sampai daripada laut.. kalo air pasang beso mmg sampai banyak mcm tu.. kalo tgk sungai mersing tu.. bersih je..
 
Back
Top
Log in Register