BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Ibrahim sertai permainan tarik upih

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



PONTIAN 10 Ogos - T aman Rekreasi Tampok Laut dekat sini riuh-rendah apabila orang ramai bersorak menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyertai permainan tarik upih.

Baginda turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Taman Rekreasi Tampok Laut merupakan antara destinasi pada hari pertama konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 bagi melakukan pelbagai aktiviti bersama rakyat setempat.

Di hentian itu, Sultan Ibrahim turut menyaksikan acara sukan air seperti mengutip buah kelapa, menangkap itik dan pukul bantal.

Baginda kemudian berangkat ke jeti berhampiran astaka untuk melepaskan acara mendayung bot yang disertai nelayan Pengkalan Jeti Tampok Laut.

Selepas itu, Sultan Ibrahim berangkat ke khemah rakyat bagi sesi beramah mesra bersama penduduk sambil melihat sukan tradisional, antaranya batu seremban, congkak, sepak raga bulatan, chapteh, tarik upih dan terompah gergasi.

Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri berkata, warga Pontian khususnya di kawasan Benut amat menanti-nantikan ketibaan Sultan Johor bersama rombongan KMJ.

Menurutnya, aktiviti menarik yang diketengahkan di Tampok Laut adalah penganjuran permainan tradisional yang bertujuan memastikan warisan berkenaan terus menjadi aktiviti merapatkan silaturahim antara masyarakat.

“Aktiviti sukan rakyat mampu menjadi platform mengisi masa lapang di samping mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran permainan tradisional sempena KMJ 2015 itu turut mampu menyemarakkan semula permainan berkenaan yang boleh dilaksanakan di peringkat komuniti setempat.
 
salah satu sebab rakyat johor patang diusik rajanya...
bukan shj melayu, cina johor india johor semua sanggup protek rajanya..
 
ahli parlimen pontian tk join skali ke main tarik upih?
 
huh! gambar ni mesti Ali jalil xsuka...mesti dia geram jer kat sweden nuunnn sorang2...kah kah kah
 
Ahmad Maslan mana Ahmad Maslan? Pontian tu kan kawasan parlimen dia?
 
salah satu sebab rakyat johor patang diusik rajanya...
bukan shj melayu, cina johor india johor semua sanggup protek rajanya..

ritu mase perhimpunan depan istana bukit serene pasal nazri sound nk blasah tmj...ramai oo india cina pon turun..
 
Back
Top
Log in Register