Almarhum Prof Ismail Faruqi
telah dijemput ABIM untuk mengisi beberapa program ABIM. Faruqi adalah seorang profesor
dalam bidang Islam dan teologi dan dihormati di seluruh Amerika. Beliau berasal
dari Palestin dan amat berani menyuarakan pandangan-pandangan kritis. Orang
Kristian lebih menghormatinya kerana dia pandai berhujah tentang bab Kristian
sehingga boleh mengalahkan orang Kristian untuk berdakwah.
Semasa dia datang ke
Malaysia, ada seseorang mencadangkan kepada Mahathir, mengapa orang cerdik
pandai seperti Faruqi ini dibiarkan? Mengapa ABIM yang memanfaatkannya, mengapa
tidak Dr Mahathir sendiri? Dia adalah seorang tokoh Islam bertaraf
internasional.
Jadi Mahathir menjemput
Faruqi untuk mendapatkan pandangan. Kata Faruqi, kalau kamu hendakkan orang Islam
memmerintah di negara kamu mestilah Islam dijadikan dasar dan laksanakan konsep
Islamisasi.
Mahathir kata, kalau awak ada cadangan, saya akan beri masa,
peruntukan dan bawakan satu kumpulan (team).
Akhirnya Faruqi bersetuju membentuk satu kumpulan untuk membuat kajian Islam di
Malaysia dan membuat proposal.
Dalam team itu dia membawa Dr Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman, Reaktor UIA
sekarang. Kemudian Dr Taha Jabir Al Alawani, dari Washington datang ke Malaysia membuat
kajian. Hasilnya diberi kepada Mahathir. Akhirnya datanglah idea Mahathir untuk
menerapkan nilai-nilai Islam. Idea penubuhan Universiti Islam Antarabangsa juga
datangnya dari Faruqi yang pada asalnya dinamakan Kolej Sains Islam. ~ Ustaz Ahmad Awang, Majalah Tamadun November 1998 (Naib Presiden PAS, bekas Presiden Ulama' Malaysia)