BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marina Ibrahim dilantik pegawai khas Orang Asli Johor

afwan83

Active+ Member
Messages
3,230
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,230
Reaction score
12
Points
25

Marina Ibrahim dilantik pegawai khas Orang Asli Johor​

ceed04d7-marina-ibrahim-fbpic-310526.jpg

Bekas Adun Skudai Marina Ibrahim mengumumkan keputusan bersara daripada politik sebelum PRN Johor dan kembali kepada kerja kemasyarakatan. (Gambar Facebook)

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pelantikan itu di Karnival Sukan Orang Asli Kebangsaan di Educity, Iskandar Puteri, semalam.

Beliau berkata, Marina akan berkhidmat sebagai wakil khas kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim untuk berinteraksi dan memahami keperluan Orang Asli di negeri itu.

“Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Israk Abdullah, juga akan membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli.”

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yakin Marina mampu memainkan peranan berkesan dengan melawat kampung Orang Asli untuk memahami isu dan cabaran dihadapi komuniti itu.

Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata, pendekatan sedemikian penting untuk memastikan masalah Orang Asli dikenal pasti dan diberikan perhatian sewajarnya.

Marina yang juga Adun Skudai selama satu penggal, mengumumkan keputusannya tidak mempertahankan kerusi itu dan bersara daripada politik sebelum PRN Johor.

Katanya, beliau memilih untuk bekerjasama secara langsung dengan golongan memerlukan, meneruskan kerja kemasyarakatan yang diminatinya sejak dahulu lagi sebelum menyertai politik.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, kemudiannya mendedahkan parti itu merancang memindahkan Marina untuk bertanding di kerusi Tiram.

Marina memenangi kerusi Skudai pada PRN Johor 2022 selepas menewaskan Lim Soon Hai dari Barisan Nasional dan Khoo Keng Ek dari Perikatan Nasional.
 
Back
Top
Log in Register