BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Johor Setuju ADUN Stulang Dilantik Ketua Pengimbang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

PH Johor Setuju ADUN Stulang Dilantik Ketua Pengimbang​

9a41b8b750fb7a127b936715b76edc4a6a91a40ab6e94

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hadir pada Majlis Pelancaran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Kulai di Hutan Bandar Putra.

Pakatan Harapan (PH) Johor bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng sebagai Ketua Pengimbang di negeri itu.

Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching berkata perkara itu telah dipersetujui ketiga-tiga parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"DAP telah mencadangkan saudara Andrew Chen Kah Eng untuk dicalonkan sebagai ketua pembangkang atau Ketua Pengimbang di Johor dan cadangan ini telah diterima rakan-rakan daripada PKR serta Amanah," katanya kepada pemberita selepas Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Hutan Bandar Putra, di sini hari ini.

Chen sebelum ini turut memegang jawatan berkenaan sepanjang penggal pentadbiran kerajaan negeri terdahulu dari 2022 hingga 2026, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang berlangsung 11 Julai lepas, Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan negeri baharu selepas memenangi 48 kerusi, manakala PH memenangi lapan kerusi.

 
Back
Top
Log in Register