Bizmen2u
Fun Poster
- Messages
- 435
- Joined
- Jan 3, 2012
- Messages
- 435
- Reaction score
- 64
- Points
- 20
Zaman belia
Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam, bukan parti sekular.
Selepas Anwar masuk, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
Anwar Ibrahim dilihat cuba meng"ABIM"kan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO. Antaranya ialah Anuar Tahir.
Mereka berharap Anwar tidak disekularkan seperti bersalam dengan wanita.
1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.Pada 1997 golongan anti Anwar menganggap golongan yang cenderung kepada Anwar yang dikenali sebagai Anwarisme sudah menguasai setiap sendi UMNO dan BILA-BILA MASA BOLEH MENJATUHKAN DR MAHATHIR YANG DILIHAT TIDAK CUKUP ISLAMIK.
Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, ahli akademik dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
Ada di antara golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
Sebahagian sedutan dari mr Wiki: http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim
Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=VDM8oqxnFZI
Video 2: http://www.youtube.com/watch?v=KZbPSVNz7-g
