BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subjek Bahasa Melayu Dan Sejarah Perkukuh Perpaduan, Bina Jati Diri - Ikon Bahasa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6194b3318ab521ce9e28b169d452a8406977816d06d9b

BERNAMA TV | Astro 502, unifi TV 631, MyTV 121

Kewajipan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di semua sekolah mulai 2026 bukan satu bentuk paksaan atau diskriminasi sebaliknya langkah merentasi agama serta aliran pendidikan bagi memperkukuh tanggungjawab bersama rakyat Malaysia.

Peguam dan Ikon Bahasa Melayu Negara Lim San Shien berkata syarat itu bertujuan mengingatkan pelajar dan masyarakat supaya menghidupkan serta menjiwai bahasa kebangsaan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan akademik tetapi juga diamalkan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa bersama akan memudahkan interaksi sosial, meningkatkan integrasi nasional dan memperkukuh perpaduan negara.

Lim berkata ketetapan itu juga membuka laluan yang sama rata kepada semua pelajar daripada pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah Cina, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan sekolah persendirian untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.

“Dengan mewajibkan semua pelajar mengambil dan lulus kedua-dua subjek itu tanpa mengira latar belakang maka tidak akan ada konflik atau fitnah yang kononnya mengatakan ada segelintir pihak tidak mendapat layanan yang adil dan saksama, selain akan dapat meningkatkan persefahaman dan memudahkan pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Darah Muda: Bahasa Melayu Diperkukuh, Bahasa Lain Diperkasa terbitan Bernama TV malam ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang antara lain mewajibkan pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Antarabangsa serta Sekolah Persendirian bagi memperkasakan jati diri pelajar.

Dalam pada itu, Lim berkata usaha memperkasakan Bahasa Melayu di peringkat sekolah perlu dilaksana menerusi pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan dan masyarakat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kepentingan memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata pendekatan itu tidak seharusnya tertumpu kepada pembelajaran formal semata-mata sebaliknya diperluas melalui aktiviti interaktif seperti pertandingan pidato, syarahan dan penghasilan kandungan kreatif.

 
Back
Top
Log in Register