BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Subconscious mind: Adakah anda percaya?

Ini contoh yang sangat bagus, bro.
Aku memang tahu tentang konsep visualization ni.
Fikir seolah-olah kita dah dapat benda tu.
Cuma back to the point- imaginasi kena tinggi- itu yang aku rasa palinggggggggg susah nak buat.
Setiap kali aku cuba bayangkan, imej nya kabur.
Contoh, aku nak bayangkan aku close deal dengan whoever it is, bayangan aku tu kabur.
Konsep visualization ni makin sharp imej yang kita dapat bentuk sewaktu kita fikirkan perkara tersebut, makin tinggi peratusan untuk berjaya.
Dan ini yang aku paling lemah :((:((:((

pada pandangan den, puncanya mcm kurang keyakinan je ni..
 
Ini betul.
Siapa kata aku menidakkan konsep keyakinan pada Allah?
Ilmu itu luas, bagi aku, aku tidak akan menolak apa2 ilmu hatta datangnya dari non Muslim pun.
Tidak semestinya kita orang Islam kita hanya perlu menerima dan membaca buku2 dari karangan Muslim sahaja.

Contoh- Azizan Osman.
Ya, aku bukan big fan of Azizan Osman, tidak semua benda yang dia buat aku setuju.
Tapi aku sangat suka bila dia berjaya synchonizekan apa yang dia belajar dari guru2 Baratnya dengan konsep dalam Islam.
Kalau ko penah tengok video or pegi seminarnya, selalu dia sebutkan perkataan "kolam jiwa" yang aku nampak ada hubung kait dengan konsep subconscious mind.
Yes, dia bukan Muslim yang sangat baik, tapi aku suka bila dia memupuk kepercayaan pada Allah walaupun dia berguru dengan sifu dari Barat yang tidak percaya kehidupan selepas dunia.

Bagi aku tak perlu limitkan apa ilmu yang kita mahu terima.
Sometimes ilmu yang kita terima dari sifu Barat ni mungkin sebenarnya boleh mengukuhkan hubungan kita dengan Allah- dengan izin Nya inshaa Allah. :)

bukan la maksud den ilmu barat itu takde yg bagus dan takmo terima ilmu dia org, den ada juga baca buku2 barat.. cuma den lebih cenderung utk membaca buku2 keagamaan.. itu saja :) .. ilmu itu sgt luas, kita ada pilihan mana yg kita nak belajar.. asalkan ianya bagus utk dunia dan akhirat... :D
 
Nah aku bagi keyword untuk korang study , buat perbandingan , cari kaitan.


Subconscious mind
Hypnosis
NLP
Law of attraction
Niat / Doa / Visualisasi / Membayangkan
 
aku percaya sebab ni adalah salah satu cabang dalam ilmu sains.
 
Yg agama ajaq,hangpa x mau nak ikut...
 
Yg agama ajaq,hangpa x mau nak ikut...

Dalam agama pun ada...

Pi belajaq pondok banyak kali dah aku jumpa. Law of attraction tu terlalu banyak persamaan dengan doa.

Law of attraction pegang pada one universe / ketuhanan sebab manuscript silam zaman Moses yang puak Yahudi ni bawak tulis mcm tu. Apa sahaja minta pada one universe, konfirm makbul selagi hati yakin. Visualize / makrifat kan sampai nyata.

Orang dunia minta Ferrari.
Orang akhirat minta nak kenal Allah.

Belajar pondok pulak sampai lima enam pondok... lama2 ustaz tu bukak cabang ilmu yang lebih mendalam.. rupanya sama.. bezanya kali ni dia punya visualization tu pada zikir Allah Allah Allah hentam pada hati. Ustaz yang ajar tu.. bukan ada internet pun. Baca tulisan rumi pun tak reti. Law of attraction jauh sekali la nak dengar.





Tapi kalau wahabi sampai ke sudah dia akan tolak sebab subconcious mind ni x ada dalam Al-Quran / hadis.

Aku pernah duduk 2 tahun belajar dgn geng wahabi kat Perlis / Kedah.. memang benda mcm ni diorang tolak habis-habisan.

Bila aku pergi belajar dengan kumpulan allahyarham Dato Syeikh Murtadza mantan mufti Negeri Sembilan... jumpa semula benda2 ni. Cuma istilah tu dan cara laksana memang tak macam law of attraction / subconcious mind la. Ada kaedah dia dan sepenuhnya zikir.

Ini contoh yang sangat bagus, bro.
Aku memang tahu tentang konsep visualization ni.
Fikir seolah-olah kita dah dapat benda tu.
Cuma back to the point- imaginasi kena tinggi- itu yang aku rasa palinggggggggg susah nak buat.
Setiap kali aku cuba bayangkan, imej nya kabur.
Contoh, aku nak bayangkan aku close deal dengan whoever it is, bayangan aku tu kabur.
Konsep visualization ni makin sharp imej yang kita dapat bentuk sewaktu kita fikirkan perkara tersebut, makin tinggi peratusan untuk berjaya.
Dan ini yang aku paling lemah :((:((:((

Amalan doa kaum sufi banyak applikasi / ajar mcm ni.

Tapi nak dapat diajar mcm tu payah la. Kawan sorang keluar tabligh sampai setahun... dah balik baru guru dia ajar kaifiat doa cara sufi. Memang banyak guna visualization / makrifat.

Sahabat tu kata mustajab. Dan bukan setakat mustajab.. bahkan semakin dia pakai kaifiat doa tu.. semakin dia x teringin pada dunia. Sampai satu tahap dia kata, angkat takbir nak solat pun boleh menangis rindu pada Allah swt. Ada getar sampai ke hati.

Dia punya ayat,
"Tu punya power bila law of attraction yang sebenar apabila ikut saluran yang betul."

Wallahu'alam.


*Post ni aku akan delete / edit kalau menjerumuskan diri kedalam debat sufi vs wahabi atau perkara2 mcm "benda ni Nabi saw x pernah ajar etc etc.." sebab aku perasan ada nickname yang bawa aliran wahabi. Dah letih debat hal2 mcm ni dari 2008 sampai 2012 dulu tetap x selesai jugak. Cukuplah. Nak terima.. terima. X nak terima sudah nanti aku delete.
 
Last edited:
kalau niat kita, pemikiran kita, kemahuan kita memang betul2 ikhlas inginkan SYURGA...
insyaAllah secara automatik, segala perbuatan kita akan jadi ke arah kebaikan semuanya...
dan insyaAllah kita akan dapat syurga Allah...

subsconcius juga tu...huhu...

jadi, cuba tanamkan dalam kepala, sematkan dalam hati, yang kita mahu SYURGA ALLAH..
setiap hari, setiap pagi...setiap sebelum tidur...

da macam pakar motivasi pulak saye ni..haha..

p/s; sekadar pandangan...
 
kalau niat kita, pemikiran kita, kemahuan kita memang betul2 ikhlas inginkan SYURGA...
insyaAllah secara automatik, segala perbuatan kita akan jadi ke arah kebaikan semuanya...
dan insyaAllah kita akan dapat syurga Allah...

subsconcius juga tu...huhu...

jadi, cuba tanamkan dalam kepala, sematkan dalam hati, yang kita mahu SYURGA ALLAH..
setiap hari, setiap pagi...setiap sebelum tidur...

da macam pakar motivasi pulak saye ni..haha..

p/s; sekadar pandangan...

Betui..

Sebenarnya x perlu fikir banyak pun. Solat lima waktu di awal waktu tu pun dah mencambahkan positivity dalam diri.

Bila positif.. visualization clear dan jelas. Dan segala amalan kita baik. Nak mencarut lepas kena pancung dengan Myvi kuning pun kita akan fikir 5 kali. Last2 x jadi dan istighfar.

Assalam semua.

Aku sedang mengkaji subject berkaitan dengan subconscious mind. Agak menarik untuk diamalkan. Cuma, aku masih ragu2 samada benda alah ni betul2 boleh jadi ke tak.

Pernah baca buku The Secret? Siapa pernah baca mesti akan faham. Aku pernah baca, pernah tengok video dan audionya. Well konsepnya menarik. Nampak mudah, tapi sukar juga untuk diamalkan. Sebab memerlukan conviction yang tinggi untuk melakukan perubahan. The key is, percaya diri.

Ada beberapa contoh menarik yang pernah aku baca dalam beberapa buku. Salah satunya, penulis sebuah buku tentang subconscious mind ni pernah berjumpa dengan seorang lelaki. Di mana lelaki ni ada ayah yang sakit. Pergi hospital tak sembuh. Nak dijadikan cerita, dia membawa balik satu batu "ajaib" yang dikatakan boleh menyembuh apa2 jenis penyakit. So si ayah ni percaya dengan keajaiban batu tersebut, hari2 dia berharap supaya batu ni sembuhkan dia.

Then miracle happens, dia sembuh. Tapi..... yang menariknya, batu itu hanya batu di tepi jalan yang anaknya jumpa entah kat mana2. So bagaimana keajaiban tu terjadi? Ada banyak lagi contoh2 yang aku malas nak tulis kat sini. Sebab konsepnya lebih kurang.

Placebo effect. Memang ada banyak kajian mengatakan placebo effect ni wujud dari sudut sains. Terlalu banyak kajiannya sampaikan doktor kanser pun selalu pesan suruh positif.


Hal ehwal subconcious mind ni banyak guna pakai dalam marketing.

Contohnya Eben Pagan dulu pernah ajar dalam satu course puluhan ribu dollar gak la harga nya... dia applied teori subconcious mind ni utk 'paksa customer beli barang dia' secara extreme sampai dia jadi jutawan dengan buku dia pasal dating (waktu tu dia pakai nama David De Angelo).

Teori Eben Pagan nih... tunjuk pada client sesuatu benda tu sebanyak 6 kali secara imbasan / mentioning... dan pada kali ketujuh client tu akan beli pada peratusan ROI almost 70%.

Toyota pun guna pakai sistem ni... diorang guna iklan tepi jalan raya utk iklankan kereta diorang dalam 100 km sampai 6 iklan.

Frank Kern extreme sikit... dia suruh kita bombard client kita dengan 'nama produk' tu sampai 6 kali. Tapi dalam bentuk story.

Apa pun methodology subconcious mind yang diorang gunakan ni berkesan. Frank Kern punya sistem.. dia bagi nama 'Mass Control 2.0' guna pakai method ni dengan sangat extreme sampaikan product launch dia yang merapu berjaya catat jualan sampai 5 juta dollar. Padahal ebook jer pun.

CUMA.

Cuma. Aku ada doubts. Aku rasa most of the stories are too good to be true. Macam a good night stories. Keajaiban boleh berlaku hanya dalam beberapa minggu. Keajaiban yang bukan kecil okay. Most of the time, keajaiban tentang sesuatu perkara yang sudah sebati dalam jiwa mereka, perubahan yang sangat2 besar berlaku hanya dalam masa yang sangat singkat. Dapat pasangan yang diidam2 kan. Sembuh penyakit kronik yang tiada ubat. Dapat memiliki benda/perkara yang sebelum itu mereka hanya boleh bermimpi sahaja. Etc.

Nak bisnes jual buku Rhonda Brynes tu.. mestilah cerita kena ada spices dan rempah sikit baru laku.

Client / reader suka something yang miracle / fairy tale like / happy ending... so itu yang editor The Secret buat.


1) Sometimes aku rasa penulis2 buku ni, some of them pHd holder, yang mana aku rasakan cerita mereka agak illogical. Yang aku rasa mungkin sengaja ditambah2 cerita dan di hype kan untuk menjadikan buku mereka menarik di baca (dan mungkin dalam masa yg sama untuk menjual idea mereka dalam buku tersebut).

2) Aku percaya pada positive thinking. Tapi aku kurang percaya pada drastic success hanya disebabkan kita berjaya menanamkan perkara2 baik dalam subconscious mind. Sebab aku rasakan perubahan untuk berjaya, especially untuk membuang perkara2 negative yang dah bertahun2 bersarang dalam kepala otak, mungkin dari kecil lagi, akan mengambil masa yang lama. Bukan 3-4 minggu. Bukan 3-4 bulan. Kejayaan memerlukan kesabaran. So aku rasa macam sangat sangsi dengan apa yang diceritakan dalam buku2 positive thinking/ subconscious mind ni. Dan aku tahu kalau aku sangsi, memang aku takkan berjaya untuk amalkan teknik "pukau diri" seperti yang dianjurkan penulis buku.

Siapa nak share apa2 pengalaman dan komen, silakan. Terima kasih.

1) Betul sebab ultimately its all about money. Tapi law of attraction mmg orang duk story dari sebelum rhonda release buku dia tu lagi. Aku habis banyak masa kaji benda ni era 2007 mcm tu. Rhonda Byrnes pun x tulis lagi buku dia tu. Sampai ke tahap potong kad gambar kereta la. Dan memang akhirnya dapat kereta macam aku nak tu (ambil masa 3 tahun nak gapai cita-cita).

Pencarian aku tentang asal usul law of attraction ni bagaimana pun membawa aku ke Surah Al-Waqiah. Dan lepas tu jumpa sorang ustaz tepi jalan pesan... "kalau teringin sangat kereta tu.. tak payah law of attraction macam orang putih tu pakai... tapi hafal Surah Al-Waqiah dan baca sambil bayang / makrifat (visualize) apa-apa hajat di hati tu." But this is a story for another time.

The Secret tu produk.. base on teori law of attraction. So memang aku pun confident ada sedikit soup up story tapi kalau you betul2 buat effort trace balik all the story tu... end up semua story tu memang real. Cuma editor memang edit tokok tambah gila2 sampai story tu nampak magical gila.



2) Untuk berdoa ke hadrat Allah swt dalam apa-apa situasi / hajat.. yang paling penting adalah bersangka baik bahawa Allah swt akan kabulkan hajat kita.

Jadi dari aspek ini, hal ehwal motivasi ni... memang x effective kalau tak positive.

Orang penjajah inggeris selalu kata, "Ignorant is a bliss."

Apa maksudnya? Maksudnya.. kadangkala x tahu adalah lebih baik dari tahu. Ramai orang yang x tahu / x ragu pasal law of attraction ni memang mengambil banyak manfaat dari positivity yang terhasil. Ni bab motivasi la (bermanfaat gak aku duk ikut orang bagi motivasi dulu2 ni).

Panjang sangat dah tulis.. letih.. nanti ada mood sambung. Kalau x ada mood.. setakat ni saja.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register