BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami berdakwah abai keluarga

sepertimana suami ada hak ke atas isteri begitulah mereka ada hak ke atas kamu

zaman nabi dulu (aku tak ingat hadis yg mana puas dah google) memang ada antara sahabatnya bininya menangis cus lakinya siang selalu berpuasa mlm tak berhenti sembahyang tahjud.

lalu sahabat nabi yg sorang ni mari kerumah bawak makanan menghalangnya berpuasa dan bila malam suh tido x bagi sembahyang malam(tahjud yg melampau).pg tu dia pun sound "sepertimana suami ada hak ke atas isteri begitulah mereka ada hak ke atas kamu"(dalam kutbah terakhir nabi pun ada) so cus sahabat tu kira orang kanan nabi yg disegani gak ler dia pun akur, tapi dia pelik lalu mengadu ke nabi.
nabi pun mengiakan cara sahabat yg soud dia tu. :)


tapi sejarah tabligh kat tempat kita ni berasal dari india kalau tak silap. tu sebab jubah separuh. diorang ni ler yg selalu keluar sebulan ada ketuanye pendapatan bergantung pada derma yg surau2 masjid bg dan di agih mengikut pangkat kalau x silap ler. org kita yg jenis taksub pun ngikut kalau ada bisnes takper la juga.

dulu kat sungai penchala ada orang tu bini dia nak beranak pun selamber jer gi tabligh alasannye takpe Allah jaga. akhirnya sib baik masa nak beranak member aku tlg hantarkan ke hospital kalau x tak tau ler.(dah ler zaman tu takde handphone) balik jer
member aku ni basuh laki dia kau2 so lepas tu baru ler ada kesedaran sikit.

tp untuk kes ni baik ambik fasak jer dulu kalau dia dah kerja elok2 nk g tabligh 3hari friday,sat,sun ha tu ok ler. nak kata citer ni x sahih entah ler tapi ada seorang jemaah kat umah aku nih dulu elok jer keje last2 x keje g tabligh kat serawak sebulan : )

P/s: kalau salah tlg betulkan#:-S
 
Last edited:
tah btol ntah idak g berdakwah nye tu..org yg pegi berdakwah nih..takdenye smpai lupa tanggung jawab pd kaluarga...
 
ini masalah individu dan kes terpencil.. tak perlu nk dperbesarkan dan tak perlu beri pandgn negatif kepada nak kait dgn jemaah tabligh.. dalam mesia ni berpuluh ribu org folo jemaah nim tapi beribu ke org wat prangai mcm ni.. huhu

hanya org hati busuk je nak besarkan perkara yang kecil.. rilek2 sudahla

sebenarnya nafkah agama dan hak agama byk lagi org malaysia tak tunaikan kepada keluarga. tu pasal makin byk gejala negatif.. kenapa tak dibangkitkan jadi isu?? ni soal kehidupan selepas mati yang kompom.. kekal selama lamanyam kematian itu sangt dekat..

MH370 sepatutnya pergi ke beijing sekali lencong.. terus ke akhirat yang kekal.. Allahuakbar
 
Suami berdakwah abai keluarga


Suami saya anggota jemaah tabligh dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Segala keperluan keluarga ditanggung saya sepenuhnya.

Dia sudah bertahun-tahun tidak memberikan saya nafkah seperti keperluan keluarga. Malah, sampai sekarang kami masih menumpang rumah mentua.

Selain itu, dia sering meminjam wang daripada saya dan berjanji akan membayarnya. Namun, janji tinggal janji.

Malah, setiap kali dia keluar untuk menyertai jemaah, dia tidak pernah meninggalkan keperluan yang cukup dan apabila saya meminta, dia memberikan pelbagai alasan.


Apabila saya kerja siang malam, dia cakap saya mengabaikan dirinya dan mengejar dunia sedangkan saya bekerja mencari rezeki untuk keluarga.


Bagaimanakah caranya untuk menyuruh suami memberi nafkah kerana saya sudah tidak mampu hendak menanggung semuanya?

Adakah menyertai jemaah tabligh lebih utama daripada melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga?


Isteri keliru
Kuala Lumpur

Perkara berkenaan tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan, minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan.

Dalam Islam suami yang bertanggungjawab untuk bekerja menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan dan bukan sebaliknya.

Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik anak dan melayan suami.

Namun, dalam kes puan perkara sebaliknya berlaku iaitu isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan rumah tangga.

Suami pula hanya goyang kaki dan menumpukan kepada dakwah semata-mata. Itu pun sekadar mengikut jemaah untuk keluar ke tempat yang sudah ditetapkan jemaah. Sepatutnya berdakwah bermula di rumah dan kawasan sekeliling dahulu.

Bagaimanapun, apabila perkara ini sudah lama berlaku dalam keluarga puan, proses perubahan mungkin mengambil masa lama juga.

Puan dan suami perlu berusaha mengubah keadaan yang ada. Dengan kata lain, puan dan suami mesti berusaha mengubah keadaan yang ada kepada lebih baik iaitu apa yang sudah ditetapkan Islam.

Ambillah waktu dengan berbincang sesama sendiri bagi mengorak langkah baru dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam.

Jika puan dapat menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan bersabar dengan segala keadaan dalam keluarga termasuk sikap suami, puan tidak perlu mengambil langkah lain untuk menghancurkan rumah tangga dibina.

Bagaimanapun, perlu diingat Islam juga menetapkan seorang isteri yang tidak berpuas hati berikutan kegagalan suami menunaikan tanggungjawabnya boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut hak malah sehingga kepada perceraian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21


kawan kawan kepada kawan gua ada sorang macam tu. Anak ada 5 orang..masa dia banyak di habis kan di masjid. Bini kerja tanggung keluarga, anak masih bersekolah. Lepas tu mamat tu duk jelling jeling...kata.. Eh apasal tak pernah nampak kamu(kawan gua lagi satu) kat masjid. Kawan gua cakap..dia tak bersantai kat masjid macam hang. Terus senyap mamat tu

cerita beginilah yang amat digemari oleh bukan Islam. bolehlah mereka canangkan betapa tidak adil dan zalimnya Islam, walaupun sebenarnya itu bukanlah ajaran Islam yang sebenarnya menurut al-Quran dan as-Sunnah
 
Kalau tak mau di pandang negatif jaga lah adat, agama dan siapa diri anda(anda gua tak maksudkan hang, tapi orang orang yang berkenaan) jangan hidup dalam dunia fantasi.

Tapi betul ke hang tak pernah jumpa orang tabligh macam yang di alami si isteri tu?

Cerita yang kat bawah tu tabligh juga bro. Dia tak kerja. Bini dia kerja siang malam tanggung keluarga 5 orang anak. Bila gua baca penderitaan bini dia tu .... Membuat gua terfikir adakah ini orang yang sama?

memang pernah aku jumpa tp itu adalah kesilapan individu bkn agama..
tolong bg tau aku manusia mana yg sempurna..?
 
Aku tak paham kenapa nak berdakwah kena pergi jauh2. Berdakwah kawasan lokaliti rumah dia pun dah boleh dakwah. Cuba dakwah daerah sendiri dulu. Kalau dah semua dah ok barulah keluar jauh2.
 
Biasa dengar cerita begini. Sepupu aku dulu pun kes macam ni. Nasib baik sedar sebelum isteri minta cerai.
 
setengah org tu lupa bahawa pekerjaan tu juga adalah ibadah
 
memang pernah aku jumpa tp itu adalah kesilapan individu bkn agama..
tolong bg tau aku manusia mana yg sempurna..?

Kalau semua manusia sempurna tak payah lah tegur menegur. Maka tak adalah kes macam ni.

Orang macam tu mereka fikir..mereka tidak memerlukan harta dunia, tetapi nak pula beranak dan berbini.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register