BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami berdakwah abai keluarga

KLVIPER

Legendary Member
gem
Messages
17,227
Joined
Mar 31, 2008
Messages
17,227
Reaction score
744
Points
171
Suami berdakwah abai keluarga


Suami saya anggota jemaah tabligh dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Segala keperluan keluarga ditanggung saya sepenuhnya.

Dia sudah bertahun-tahun tidak memberikan saya nafkah seperti keperluan keluarga. Malah, sampai sekarang kami masih menumpang rumah mentua.

Selain itu, dia sering meminjam wang daripada saya dan berjanji akan membayarnya. Namun, janji tinggal janji.

Malah, setiap kali dia keluar untuk menyertai jemaah, dia tidak pernah meninggalkan keperluan yang cukup dan apabila saya meminta, dia memberikan pelbagai alasan.


Apabila saya kerja siang malam, dia cakap saya mengabaikan dirinya dan mengejar dunia sedangkan saya bekerja mencari rezeki untuk keluarga.


Bagaimanakah caranya untuk menyuruh suami memberi nafkah kerana saya sudah tidak mampu hendak menanggung semuanya?

Adakah menyertai jemaah tabligh lebih utama daripada melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga?


Isteri keliru
Kuala Lumpur

Perkara berkenaan tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan, minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan.

Dalam Islam suami yang bertanggungjawab untuk bekerja menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan dan bukan sebaliknya.

Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik anak dan melayan suami.

Namun, dalam kes puan perkara sebaliknya berlaku iaitu isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan rumah tangga.

Suami pula hanya goyang kaki dan menumpukan kepada dakwah semata-mata. Itu pun sekadar mengikut jemaah untuk keluar ke tempat yang sudah ditetapkan jemaah. Sepatutnya berdakwah bermula di rumah dan kawasan sekeliling dahulu.

Bagaimanapun, apabila perkara ini sudah lama berlaku dalam keluarga puan, proses perubahan mungkin mengambil masa lama juga.

Puan dan suami perlu berusaha mengubah keadaan yang ada. Dengan kata lain, puan dan suami mesti berusaha mengubah keadaan yang ada kepada lebih baik iaitu apa yang sudah ditetapkan Islam.

Ambillah waktu dengan berbincang sesama sendiri bagi mengorak langkah baru dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam.

Jika puan dapat menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan bersabar dengan segala keadaan dalam keluarga termasuk sikap suami, puan tidak perlu mengambil langkah lain untuk menghancurkan rumah tangga dibina.

Bagaimanapun, perlu diingat Islam juga menetapkan seorang isteri yang tidak berpuas hati berikutan kegagalan suami menunaikan tanggungjawabnya boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut hak malah sehingga kepada perceraian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21


kawan kawan kepada kawan gua ada sorang macam tu. Anak ada 5 orang..masa dia banyak di habis kan di masjid. Bini kerja tanggung keluarga, anak masih bersekolah. Lepas tu mamat tu duk jelling jeling...kata.. Eh apasal tak pernah nampak kamu(kawan gua lagi satu) kat masjid. Kawan gua cakap..dia tak bersantai kat masjid macam hang. Terus senyap mamat tu
 
ibadat, ibadat juge, tanggungjawab jgn dilupe
 
kahkahkahk... ni di namakan ***** sombong.. nk berdakwah tapi basic pon kntoi...
 
Mana leh dakwah sampai lupa tanggungjawab keluarga...mencari nafkah itu wajib untuk suami dan ia juga sebahagian ibadah. Klu camtu baik jgn kawin..sian kat isteri dan anak2
 
Nila setitik rosak susu sebelanga...sy doakan sahabat tu mendapat rahmatnya...
 
dia tak faham 'matlamat tidak menghalalkan cara'..
 
Ini namanya biawak hidup..
Sbg isteri mamat tu, aku nasihatkan mintak fasakh je...
Sblm bilangan ank bertambah..
Laki jenis mcm ni, tau konggkek je..

Membelanya bowdoh bangggang x tau..
Pastu sibuk jaga kedatangan org ke masjid..
Ada dpn aku, mmg aku ludah kahak ijo..

Sakit hati tul la...
 
Adakah sia-sia amalan tabligh dia tu? Ye la dok sibuk nak tabligh-kan orang kat luar sana, tapi tanggungjawab pada keluarga sendiri terabaii...

Memang epic failed!!!

Sesungguhnya mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga merupakan jihad fisabilillah...

Entah apalah perasaan ketua tabligh dia tu bila dapat tahu ada team tabligh dia buat perangai macam nie...
 
Ini namanya biawak hidup..
Sbg isteri mamat tu, aku nasihatkan mintak fasakh je...
Sblm bilangan ank bertambah..
Laki jenis mcm ni, tau konggkek je..

Membelanya bowdoh bangggang x tau..
Pastu sibuk jaga kedatangan org ke masjid..
Ada dpn aku, mmg aku ludah kahak ijo..

Sakit hati tul la...

Fuhh.... Strongly agreed bro...
 
Back
Top
Log in Register