BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

STRIDE Gubal Kerangka Pembangunan Dron Pertahanan Negara Hadapi Ancaman Perang Moden

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
79a3c3abc8073b2765ed632bd1e290486971a9bb68e7c

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) sedang menggubal kerangka pembangunan dron pertahanan negara sebagai persediaan menghadapi ancaman peperangan moden, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penggunaan dron dan teknologi baharu kini menjadi antara bentuk ancaman utama dalam landskap keselamatan semasa, justeru persediaan awal perlu dibuat bagi memastikan keupayaan pertahanan negara.

“Kita menumpukan kepada bidang baharu, khususnya ancaman peperangan moden yang banyak melibatkan penggunaan dron.

"Dalam konteks ini, STRIDE diberi tanggungjawab merangka pembangunan dron pertahanan negara bagi memastikan kita bersedia menghadapi ancaman baharu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai bentuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang akan dibangunkan menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan semalam.

 
Back
Top
Log in Register