BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Apple Android Status WhatsApp Pula Ada Butang 'Undo'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Nampaknya antara ciri baharu yang dilepaskan untuk sesetengah pengguna WhatsApp ialah butang 'Undo' atau 'Buat asal' selepas memuat naik status.
whatsapp-undo-2.png

Sejurus status berjaya dimuat naik, terus butang 'Undo' yang kecil molek in akan muncul di bahagian bawah buat beberapa saat. Jika anda tekan 'Undo' ini, ia akan bertukar ke 'Deleting status..'.
whatsapp-undo-1.png

Tidak pasti apakah ia sudah tersedia pada semua pengguna seluruh dunia ataupun masih di peringkat ujian, namun butang ini terpapar selepas saya meluahkan pendapat di status platform ini. Biasalah, manusia moden dan muda yang terasa pendapatnya penting untuk didengari 12 orang kenalan lain.
whatsapp-undo-bm-1.png

Dalam bahasa Melayu, butang 'Undo' ini dilabel sebagai 'Buat asal' dan 'Memadam status.
whatsapp-undo-bm-2.png

Bagi saya, ia bukanlah sebuah ciri yang penting kerana pengguna masih dapat memadam status dengan mudah tanpa butang ini. Lumrah WhatsApp, kadang-kadang ia melepaskan ciri diam-diam tanpa pemberitahuan walaupun anda pengguna versi stabil. Jadi, kita pun tak pasti apakah ia sebahagian daripada ujian atau memang dilepaskan untuk semua.

Adakah anda sudah menerimanya?​
 

Attachments

Back
Top
Log in Register