BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Menguji Kebolehan Memuat Naik Video 90 Saat Dalam Status Pada iPhone

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi kemas kini status dalam bentuk video dengan durasi sehingga 90 saat pada iPhone. Dengan had masa yang lebih panjang, pengguna mempunyai lebih banyak kebebasan untuk berkongsi kandungan tanpa perlu memotong atau membahagikan video.
WhatsApp-Menguji-Keupayaan-Memuat-Naik-Video-90-Saat-dalam-Status-pada-iPhone-1-edited.webp

Seperti yang diperlihatkan dalam tangkapan layar di atas, pengguna terpilih boleh memuat naik status video yang lebih panjang. Sebelum ini, WhatsApp telah meningkatkan had masa daripada 30 saat kepada satu minit. Memandangkan perubahan ini mendapat respon yang baik daripada pengguna. WhatsApp kini menambah lagi had masa kepada 90 saat. Namun, perlu diingatkan bahawa ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat. Setakat ini, hanya sebilangan pengguna beta iOS sahaja yang dapat mencubanya. Selebihnya mungkin akan menerima akses pada masa akan datang.

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-ios-25-14-10-76-whats-new/
 
Back
Top
Log in Register