BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Status hadis: Isteri sujud pada suami

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Hadis 1:

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: “Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya.”

Hadis hasan shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1159), Ibnu Hibban (no. 1291 – al-Mawaarid) dan al-Baihaqi (VII/291), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Hadits ini diriwayatkan juga dari beberapa Shahabat. Lihat Irwaa-ul Ghaliil (no. 1998).

Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dan lafaznya: “…niscaya aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada suami mereka disebabkan kewajipan-kewajipan sebagai isteri yang Allah bebankan atas mereka.”

HR. Abu Dawud no. 2140, dishahihkan Al-Imam Al-Albani t dalam Shahih Sunan Abi Dawud.


Hadis 2:

Dalam Al-Musnad dari Anas RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Tidaklah boleh bagi seorang manusia untuk sujud kepada manusia yang lain. Seandainya boleh bagi seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain nescaya aku perintahkan isetri untuk sujud kepada suaminya disebabkan besarnya hak suaminya terhadapnya. Demi Zat yang jiwaku berada di tangannya, seandainya pada telapak kaki sampai belahan rambut suaminya ada luka yang bernanah bercampur darah, kemudian si isteri menghadap suaminya lalu menjilat luka tersebut nescaya ia belum sempurna menunaikan hak suaminya.”

HR. Ahmad (3/159), dishahihkan Al-Haitsami (4/9), Al-Mundziri (3/55), dan Abu Nu’aim dalam Ad-Dala’il (137). Lihat catatan kaki Musnad Al-Imam Ahmad (10/513), cet. Darul Hadits, Al-Qahirah.


Hadis 3:

Dalam Al-Musnad dan Sunan Ibni Majah, dari Aisyah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain niscaya aku akan memerintahkan isteri sujud kepada suaminya. Seandainya seorang suami memerintahkan isterinya untuk memindahkan atau mengubah gunung merah menjadi gunung hitam dan dari gunung hitam menjadi gunung merah maka si isteri wajib melakukannya.”

HR. Ahmad (6/76) dan Ibnu Majah no. 1852, didhaifkan Al-Imam Al-Albani dalam Dha’if Sunan Ibni Majah.


Hadis 4:

Dalam Al-Musnad, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban dari Abdullah ibnu Abi Aufa RA, ia berkata: Tatkala Mu’adz datang dari bepergiannya ke negeri Syam, ia sujud kepada Nabi SAW, maka Nabi SAW menegur Mu’adz, “Apa yang kau lakukan ini, wahai Mu’adz?”
Mu’adz menjawab, “Aku mendatangi Syam, aku dapati mereka (penduduknya) sujud kepada uskup mereka. Maka aku berkeinginan dalam hatiku untuk melakukannya kepadamu, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda, “Jangan engkau lakukan hal itu, kerana sungguh andai aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah niscaya aku perintahkan isetri untuk sujud kepada suaminya. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang isetri tidaklah menunaikan hak Tuhannya hingga ia melaksanakan hak suaminya. Seandainya suaminya meminta dirinya dalam keadaan ia berada di atas pelana (haiwan tunggangan) maka ia tidak boleh menolaknya".

HR. Ahmad (4/381) dan Ibnu Majah no. 1853, kata Al-Imam Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibni Majah, “Hasan Shahih.” Lihat pula Ash-Shahihah no. 1203.


Huraian hadis:

-Sujud merupakan bentuk ketundukan yang amat nyata. Kata: “Seandainya aku boleh…,” menunjukkan bahawa sujud kepada manusia tidak boleh (dilarang) dan hukumnya haram.

-Sang isteri harus taat kepada suaminya dalam hal-hal yang ma’ruf (mengandungi kebaikan dalam agama). Misalnya ketika diajak untuk jima’ (bersetubuh), diperintahkan untuk shalat, berpuasa, sedekah, mengenakan busana muslimah (jilbab yang syar’i), menghadiri majlis ilmu, dan bentuk-bentuk perintah lainnya sepanjang tidak bertentangan dengan syari’at.

-Hak yang lebih bagi si suami ke atas isteri bersesuaian dengan tanggungjawab suami yang lebih besar:

Firman Allah: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya..... [An-Nisaa’ : 34]
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Berilah nasihat kepada wanita (isteri) dengan cara yang baik. Kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Sesuatu yang paling bengkok ialah sesuatu yang terdapat pada tulang rusuk yang paling atas. Jika hendak meluruskannya (tanpa menggunakan perhitungan yang matang, maka kalian akan mematahkannya, sedang jika kalian membiarkannya), maka ia akan tetap bengkok. Kerana itu berilah nasihat kepada isteri dengan baik.”

Muttafaq ‘alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/253, no. 5186), Shahiih Muslim (II/1091, no. 1468 (60)
 
Back
Top
Log in Register