BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stack Overflow Dijual Pada Nilai Mencapai RM7.43 Bilion

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Stack Overflow merupakan salah satu laman sehenti yang diminati ramai pengaturcara seluruh dunia – dalam mendapatkan bantuan, bertukar-tukar idea, dan juga sebuah komuniti yang sangat aktif. Terkini, Prosus telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih Stack Overflow pada nilai $1.8 bilion (~RM7.43 bilion).

Prosus merupakan salah satu syarikat yang aktif melakukan pelaburan pada syarikat teknologi dan mempunyai pegangan pada Tencent, Codecademy, Udemy dan sebagainya. Prosus mengatakan mereka berhasrat membangunkan pelbagai syarikat memfokuskan komuniti dan teknologi pembelajaran serta kolaborasi – dan pengambil-alihan Stack Overflow ini selari dengan portfolio mereka.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka membantu Stack Overflow dari segi sumber untuk terus membangunkan platform mereka, dan juga produk-produk berbayar.

Stack Overflow turut menjanjikan pengalaman penggunaan produk mereka tidak akan berubah dalam bulan-bulan akan datang, tetapi cuma kepada sasaran dan visi syarikat sahaja.

StackOverflow-950x499.jpg.webp
 
Back
Top
Log in Register