BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Kumpul Data Tanpa Izin, Google Di Denda ~RM1.7 Bilion

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
08.09.2025 - Juri persekutuan Amerika Syarikat memerintahkan Google membayar pampasan kira-kira USD 425 juta (~RM1.7 bilion) selepas didapati mengumpul data penggunaan aplikasi mudah alih walaupun pengguna mengaktifkan tetapan privasi. Kes saman kelompok ini difailkan sejak Julai 2020, dengan peguam plaintif mendakwa Google secara haram menjejak, mengumpul dan menjual aktiviti aplikasi pengguna tanpa mengira pilihan privasi. Walau bagaimanapun, Google menegaskan keputusan juri itu sebagai tidak tepat dan akan membuat rayuan ke atas denda itu sambil menegaskan alat privasi mereka memberi kawalan penuh kepada pengguna.​

1757339902838.png

Keputusan ini hadir sehari selepas Google meraih kemenangan lain dalam kes antitrust (antipakat), di mana hakim persekutuan menolak tuntutan kerajaan AS agar Google menjual pelayar Chrome. Selain itu, pada hari yang sama, pihak berkuasa perlindungan data Perancis (CNIL) turut mengenakan denda besar terhadap Google (325 juta euro = ~RM 1.60 bilion) kerana gagal mematuhi undang-undang mengenai kuki iklan. Google sebelum ini sudah beberapa kali dikenakan denda, termasuk 100 juta euro (~RM 493.8 juta) pada 2020 dan 150 juta pada 2021.

Berita asal https://news.afp.com/#/c/main/actu/articles?id=newsml.afp.com.20250903T235049Z.doc-73ck3g4&type=news
 
Back
Top
Log in Register